10 Fakta Perang Dunia Kedua Yang Tidak Ramai Tahu

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Krisis antara dua negara nuklear, Amerika Syarikat dan Iran dilihat semakin semakin meruncing. Sebelum ini jeneral Iran, Qassem Sulemani telah terbunuh dalam satu serangan di Lapangan Terbang Baghdad oleh tentera Amerika.

Kemudian Iran membalas dengan melancar serangan roket ke atas kem Amerika di Iraq pula. Kemudian, Iran bertindak membedil kapal terbang penumpang milik syarikat Ukraine dan mengorbankan seramai 176 mangsa.

Kenapa Ukraine dipilih?

Kerana negara eropah timur tersebut merupakan salah satu balaci Amerika yang sangat setia. Malah kapal terbang Malaysia, MH17 ditembak mereka tetapi tuduhan dialihkan kepada Russia.

Apabila krisis ketenteraan ini berlaku, maka ada banyak mulut dan otak yang kurang cerdas melaungkan kesediaan untuk berperang, termasuk presiden Amerika Syarikat yang berwajah pepatung, Donald Trump.

Presiden Iran yang berhidung nenek kebayang, Hassan Rouhani turut menyatakan kesediaan mereka untuk berperang dengan Amerika.

Bukan setakat mereka berdua, malah penyokong masing-masing turut melaungkan kesediaan untuk tercetusnya peperangan.

Mereka yang menyokong peperangan tidak sedar bahawa perang adalah satu malapetaka yang patut dielakkan.

Tanpa sedar, banyak kesan negatif akan terhasil daripada perang. Sejarah telah membuktikan segalanya.

Contohnya dalam perang dunia kedua. Negara kita turut terjebak dalam perang ini di mana negara matahari terbit telah menyerang Persekukutan Tanah Melayu di atas semangat Asia milik orang Asia. (Hari ini ada puak sampah yang kononnya ingin membawa slogan Malaysia untuk orang Malaysia, walaupun kiblat perjuangan mereka adalah negara asal datuk nenek mereka.)

Tanpa cerita lebih panjang, mari tengok fakta tentang perang dunia kedua yang tidak ramai tahu.

Kematian

Bila ada perang, maka akan ada kematian. Jerman kehilangan seramai 7 juta rakyatnya akibat perang yang dimulakan mereka, manakala dua negara adik-beradik. Amerika Syarikat dan Britain masing-masing hanya merekodkan kira-kira setengah juta kematian.

Rekod kematian akibat perang dengan Jepun di China lebih tinggi iaitu 20 juta, manakala Soviet pula hilang 27 juta rakyat mereka.

Hitler Cintakan Seni

Dalam satu laporan yang direkodkan kebelakangan ini, pemimpin Nazi Adolf Hitler dikatakan telah mengarahkan balacinya untuk mencuri potret asal Mona Lisa di Paris dan telah hampir meletupkannya.

Hitler, seorang pencinta seni, telah meletakkan potret tersebut di sebuah muzium di kampung halamannya, Linz, Austria. Sebelum diletakkan di situ, puak Nazi telah menyembungikan lukisan tersebut di pergunungan Alps.

Potret Mona Lisa yang diagung-agungkan. Gambar: Mannersache

Pada tahun 1945, sekumpulan pasukan khas yang ditugaskan untuk menyelamatkan ‘harta’ eropah itu telah berjaya merampas potret tersebut daripada cengkaman Nazi.

Dikatakan bahawa, askar Nazi telah diarahkan untuk meletupkan lukisan wajah wanita tersebut sekiranya muzium tersebut dserang oleh tentera bersekutu, namun pihak askar lawan Nazi berjaya menyelamatkan Mona Lisa daripada cengkaman Nazi.

Entah-entah yang dibawa balik tu potret palsu tak?

Perang Tapi Tak Perang

Selepas Jerman menyerang Poland pada 1 September 1939, Perancis dan Britain dengan segera mengisytiharkan perang, akan tetapi lapan bulan berikutnya tiada apa yang berlaku.

Tiada pertempuran, tiada pergerakan tentera dan tiada apa-apa, sehinggakan tempoh yang pelik ini dipanggil ‘perang telefon.’

Kalau zaman tu dah ada Facebook, mungkin pemimpin negara masing-masing asyik update status menganjing lawan masing-masing.

Walaubagaimanapun, selepas lapan bulan, tentera Jerman mula menyerang Perancis dan negara menara Eiffel tersebut tumpas seluruhnya dalam masa enam minggu.

Pada 22 Jun 1940, Perancis secara rasminya telah mengaku kalah. Seramai lapan juta warganegara mereka lari meninggalkan rumah dan menuju ke selatan Perancis untuk tinggal di kem pelarian.

Jepun dan Pearl Harbour

Jepun telah menyerang pengkalan tentera Amerika di Pearl Harbour pada hari Ahad, di mana mereka percaya bahawa musuh mereka akan lalai dek cuti hujung minggu.

Apabila komander Jepun, Mitsuo Fuchida menjerit “Tora! Tora! Tora!” yang bermaksud Rimau Rimau Rimau! selepas terbang melepasi Pearl Harbour, dia sebenarnya memberitahu kepada angkatan laut Jepun bahawa taktik mereka berjaya.

Dahtu Tora datang lagi tu maksudnya harimau datang lagi lah?

Kesemua lapan kapal perang Amerika di Pearl Harbour telah sama ada rosak teruk atau tenggelam ketika serangan tersebut, sebelum serangan tamat.

Daripada jumlah tersebut, enam dapat dibaiki dan digunakan semula manakala lagi dua tidak dapat diselamatkan.

Emmy Goring

Nama ini mungkin tidak akan ditemui dalam buku teks sejarah akan tetapi dia adalah watak penting sepanjang penguasaan Nazi.

Emmy Goring (tengah) pernah terpalit cinta tiga segi dengan Hitler dan suaminya. Gambar: ATI

Emmy merupakan isteri kepada komander tentera udara Nazi, Hermann Goring dan masing-masing pernah terjebak dalam cinta tiga segi bersama Hitler dan wanita lain.

Emmy turut digelar Wanita Pertama Negara Ketiga (First Lady of Third Reich) kerana statusnya sebagai seorang pelakon yang terkenal dan juga sering mengadakan majlis penting buat Hitler di rumahnya.

Gelaran Wanita Pertama yang dikurniakan telah menyebabkan kekasih Hitler, Eva Braun sakit hati dan mereka pernah bergaduh teruk.

Selepas perang, Emmy hidup mewah meskipun dipenjara setahun kerana kesalahan merampas harta orang Yahudi.

Bagaimanapun, Emmy berjaya mengekalkan 70 peratus daripada hartanya.

Kem Tahanan Auschwitz

Auschwitz, terletak di selatan Poland, merupakan kem tahanan Nazi paling bahaya. Lebih 1.1 juta kematian direkodkan antara 1940 dan 1945 dan jumlah ini lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan kematian askar Amerika dan Britain sepanjang perang.

Daripada 7500 pekerja kem yang menyebabkan kematian begitu ramai, hanya 750 yang dikenakan hukuman dan yang lainnya hidup berjaya dalam karier masing-masing di sektor swasta selepas perang.

Kem Tahanan Buchewald

Jumlah kematian di kem ini mungkin tidak setinggi Auschwitz, tetapi kem ini turut dikenali sebagai kem yang paling ganas dan digunakan sebagai tempat tentera Nazi membunuh tawanan.

Tambahan pula, di samping beribu orang mati kerana penyakit dan kekurangan zat makanan, ramai juga yang mati di tangan sarja Martin Sommer – Sang Algojo Buchewald.

Sommer cukup dikenali dengan teknik menggantung mangsa di pergelangan tangan di hutan berhampiran, dan teriakan dan raungan daripada mangsa dianggapnya sebagai nyanyian hutan.

Gila.

Pertempuran Stalingard

Jumlah terkorban dianggarkan sekitar 1.8 juta, Pertempuran Stalingard – yang merekodkan pihak Soviet berjaya menekan tentera Jerman di selatan Russi pada hujung 1942 dan awal 1943 dilihat sebagai titik perubahan perang dunia kedua.

Ia juga merupakan pertempuran tunggal yang meragut paling banyak nyawa dalam sejarah perang.

Penembak Wanita

Liza Mironova – cantik je penembak ni. Gambar: ATI

Soviet telah merekrut seramai 2000 wanita sebagai penembak tepat, dan sebahagian daripada mereka ditempatkan dalam skuad elit pasukan tentera negara tersebut.

Antara nama yang mampu mengecut perutkan orang adalah Liza Mironova, Roza Shanina – pernah digelar pengganas Prussia(Nama lama bagi Jerman) dan Lyudimila Pavlichenko yang telah merekodkan 309 kematian.

Rujukan: ATI

BERKAITAN:   Kenali Qassem Soleimani, Jeneral Iran Yang Dibunuh Amerika Syarikat
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.