10 Model Smartphone Baru Yang Bakal Membuat Netizen Menggigil

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Syarikat pengeluar telefon pintar atau dalam bahasa orang putihnya smartphone sering berlumba-lumba untuk mengeluarkan telefon model baru dengan fungsi dan ciri baru.

Tahun 2020 bakal menyaksikan syarikat-syarikat gergasi seperti Samsung, Apple dan Huawei melancarkan model telefon baru, dan pasti akan membuat para netizen menggigil dan meleleh air liur.

Samsung Galaxy S11

Samsung Galaxy S11. Gambar : TechRadar

Syarikat Korea Selatan ini dijangka bakal melancarkan model Galaxy S11 pada bulan Februari. Kalau ikut cerita yang lepas-lepas, harga model baharu selalunya sekitar RM4000. Jadi, kau dah boleh letak tepi duit gaji bulan 1 dan bulan 2 nanti.

Samsung Galaxy Fold – Second Generation

Samsung Galaxy Fold generasi kedua. Gambar : LetsGoDigital

Okay. Samsung menerima maklum balas yang kurang memuaskan berkenaan Galaxy Fold generasi pertama di mana telefon tersebut dikatakan sangat sensitif dan senang pecah.

Tapi katanya Samsung tidak berputus asa dan merancang untuk mengeluarkan telefon lipat ini pada separuh kedua tahun ini. Mungkin selepas Raya Haji.

Galaxy Fold model pertama berharga sekitar RM8000, jadi untuk generasi kedua ni harga mungkin sekitar itu juga.

Google Pixel 4a

Seperti Pixel 3, Pixel 4 dijangka akan mempunyai ‘adik’ untuk versi yang lebih murah, 4a. Harga Pixle 4 adalah sekitar RM4000+, manakala adiknya inin mungkin kita boleh tengok sedikit penurunan harga.

Pixel 3a dilancarka pada bulan Mei tahun lepas, maka Pixel 4a mungkin akan memasuki pasaran sekitar bulan yang sama pada tahun ini.

Kau standby duit je.

Google Pixel 5

Memandangkan sambutan yang hangat di seluruh dunia, Google dijangka akan meneruskan siri Pixel ini ke dengan model Pixel 5.

Ciri penambahan masih lagi menjadi misteri, maka peminat Pixel perlu tunggu bulan Oktober kerana selalunya Google lancarkan model baharu sekitar bulan ni.

Apple iPhone 12

iPhone 12. Gambar : BI

Bagi kaki Android, mereka selalunya akan mengutuk iPhone atas alasan tiada penambahan utama untuk model-model baru. Tapi kali ini, iPhone 12 bakal dilengkapi dengan capaian 5G.

Ciri lain? Model terbaharu ini dikatakan bakal mempunyai reka bentuk baru dan lain dari yang lain. Tak sabar lah tu.

Apple iPhone SE Generasi Kedua

Dalam satu laporan di barat, Apple dijangka akan melancarkan bukan satu, tapi dua model iPhone SE sebelum habis tahun 2020 ni.

Buat masa sekarang, tak tahu lagi model apa yang akan dilancarkan tapi kalau berita tu betul, maka tahun ini akan ada enam model baru iPhone.

OnePlus 8

Seperti generasi yang sebelum-sebelum ini, siri OnePlus 8 ini dijangka bakal didatangkan dengan versi biasa dan Plus.

Model terbaru ini dijangka dapat menyaingi prosessor dan teknologi yang dibawa oleh Samsung dan Apple. Rasanya bulan Mei nanti keluarlah OnePlus 8 ni. Kau sabar jap.

Huawei P40

Huawei menghadapi tahun yang mencabar pada 2019 disebabkan krisis dengan Amerika Syarikat. Tapi itu semua tidak menghalang gergasi China ini untuk mengeluarkan model baru yang tidak kurang power.

Bulan Mac nanti Huawei akan melancarkan siri model P40 yang menurut mereka – “tak pernah orang tengok.”

Huawei Mate 40

Sebelum ini, jualan Mate 20 dan 30 tidaklah berjalan seperti yang diharapkan Huawei. Jadi mereka di China sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan model Mate baru yang betul-betul power yang djangka akan tiba pada hujung 2020.

Motorola Razr

Berapa lama telefon lipat seperti ni akan tahan? Gambar : GSM Arena

Kalau dulu Motorola ni antara model yang paling orang cari selepas Nokia dan Sony, terutamanya model Razr yang digunakan dalam siri Prison Break.

Motorola kini cuba untuk mengembalikan trend tersebut dengan pelancaran Motorola Razr versi 2020.

BERKAITAN:   Huawei Catat Rekod Keuntungan RM500 Billion
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.