10 Tips Penting Untuk Memulakan Perniagaan Dengan Modal Kecil

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama pengguna @magmalaya telah berkongsi dengan netizen bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan modal sekecil RM2000-5000.

Sebagai pengenalan, Mag Malaya merupakan pemilik syarikat Hijrah Trading Guangzhou, dan sudah mula menetap di negara Tembok Besar tersebut sejak tahun 2006.

Kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dengan lancar, ditambah dengan sedikit Kantonis, hasil daripada pengalaman belajar di sekolah sebelum melanjutkan pelajaran ke Guangzhou Jinan University.

Mag Malaya juga aktif dalam bidang perniagaan seperti forwarding business, penterjemah bahasa pembimbing dan perantara peniaga serta banyak lagi. Pendek kata dia memang power.

Tips Berniaga Daripada Mag Malaya

Menurut Mag, ramai peniaga melakukan kesilapan dengan pergi ke China walaupun modal perniagaan tidak besar.

Jangan pergi China. 😅 Ramai yg salah faham bahawa nak cari barang niaga je mesti kena keluar dari Malaysia. This is wrong. Pergi China memerlukan kos lebih dari RM 2k tu sendiri.

Tambahnya lagi, peniaga yang baru bertapak boleh menghubungi pembekal atau penjual yang sudah bertapak di Malaysia di mana kelebihan method ini adalah barangan yang dipesan akan cepat sampai dan sekiranya barang tersebut mempunyai masalah, pasti boleh ditukar.

Malah ada sahaja peniaga yang berjaya membuat jualan sebanyak RM1juta dengan hanya menggunakan khidmat pembekal tempatan!

Seterusnya, menurut Mag, para peniaga yang baru nak up ni sepatutnya mengkaji kehendak pasaran atau dalam bahasa mudah, cari market. Bagaimana? Peniaga boleh melakukan survey di media sosial seperti Facebook dan juga Twitter untuk mengkaji apa masalah dalam sesuatu perkara sebelum datangkan penyelesaian untuk masalah tersebut.

Cari market dulu, baru cari produk. Cari masalah dulu, baru bagi solusi. Masuk grup dekat FB atau cari dekat Twitter, perhatikan apa masalah orang dalam sesuatu niche atau market.

Selepas itu, peniaga perlu memilih produk yang bersesuaian dengan keperluan atau kehendak orang ramai. Seeloknya, bermulah dengan produk yang mempunyai berat tidak lebih 2kg kerana ini akan menjimatkan kos penghantaran.

Perlu diingat, jangan memperlekeh sesetengah barang yang boleh dijual kerana kita adalah peniaga baru dan tiada siapa yang mengenali kita!

Apokobondo eh jang suruh aku jual ketip kuku, takde class langsung!

Ramai new comers nakkan bisnes yg nampak gah dan grand, nak yg flashy flashy; ingat, kita bukan Mira Filzah atau Aliff Syukri yg ada nama, diorang sekali lambung dah ada audience yg menanti.

Tambahnya lagi, peniaga juga boleh memilih produk yang berkaitan dengan kehidupan seharian, selain kalau boleh elakkan produk yang bermusim seperti butang baju melayu, vape, pokok krismas. Elakkan juga menjual barangan yang memerlukan skil teknikal yang tinggi seperti iPhone.

Apapun, paling penting dalam berniaga adalah mempunyai pemikiran yang sentiasa berkembang dan terus membesar, biar sampai ke tahap mampu membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai sekaligus memberi impak atau kesan yang positif kepada masyarakat.

Perkongsian di Twitter

BERKAITAN:   Pentingkan Keluarga, Pekerja Terima Hadiah Rumah RM1.17juta Daripada Bos
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.