18 Juta Sarung Tangan Perubatan Akan Dihantar ke Wuhan Dari Malaysia

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Sebanyak 10 syarikat pembuat sarung tangan dari Malaysia akan menghantar sebanyak 18 juta sarung tangan perubatan untuk digunakan pekerja kesihatan di wilayah Wuhan, China.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Hartalega, MREPC, Smart Glove, Kossan, YTY, Brightway, Koon Seng, Careplus, Top Glove dan juga Supermax.

“Dua syarikat, Top Glove dan Supermax telah menyumbangkan 2.3 juta sarung tangan melalui pejabat dan pengedar tempatan mereka ke Wuhan,” kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok alam satu sidang media majlis penyerahan sarung tangan tersebut.

Setakat ini lebih 7000 jangkitan telah direkodkan dengan 170 nyawa telah melayang. Keadaan ini menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengosytiharkan wabak ini berada pada tahap darurat dan mengesyorkan semua negara mengambl langkah pencegahan sewajarnya.

Beberapa negara setakat ini telah menutup pintu buat pelancong dari negara tembok besar tersebut, namun Malaysia masih belum mengambil langkah tersebut setakat tengah hari Jumaat 31 Januari.

BERKAITAN:   Tiada keputusan Kabinet sekat penerbangan dari China setakat ini - Anthony Loke
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.