2 Kanak-Kanak Cedera Terkena Tembakan Rambang di Pulau Gaya, Sabah

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Tiga orang telah cedera selepas terkena tembakan dalam satu insiden di Pulau Gaya, Sabah.

Dua kanak-kanak masing-masing berusia 10 dan tiga tahun, bersama-sama seorang lelaki berusia 36 tahun telah cedera dalam insiden pukul 7 petang pada hari Rabu.

Ketua polis Kota Kinabalu, Habibi Majinji, telah mengesahkan kejadian dan berkata para mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan lanjut.

Daripada siasatan awal, menurut Habibi, seorang lelaki yang tidak dikenali telah melepaskan tembakan secara rambang.

Malangnya tembakan tersebut terkena tiga mangsa tersebut yang sedang berada di ruang pejalan kaki kayu di sekitar rumah terapung di pulau tersebut.

Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat motif serangan dan sedang mengenal pasti pelaku jenayah tersebut.

Berita: FMT

BERKAITAN:   Penggodam Ceroboh Kamera Keselamatan Dan Berinteraksi Dengan Kanak-Kanak Perempuan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.