3 Teknologi Ajaib Yang Tidak Ramai Sedar Kewujudannya

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Dunia hari ini bergerak semakin maju seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Zaman dahulu, manusia tidak pernah terfikir untuk terbang, namun dengan terciptanya kapal terbang akhirnya manusia boleh pergi ke sesuatu tempat dengan cepat.

Kalau dulu planet Marikh merupakan planet yang dibelajar di dalam buku semata-mata, namun dengan perkembangan teknologi roket oleh SpaceX, manusia akan menjejakkan kaki ke planet merah tersebut dalam masa beberapa tahun lagi.

Menurut kamus dewan, teknologi bermaksud penciptaan, pembangunan dan penggunaan alatan atau mesin bagi memudahkan kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, disebabkan perkembangan teknologi yang terlalu pantas menyebabkan ramai manusia tidak sedar kewujudan sesetengah teknologi yang lain.

Lampu Kelip-Kelip Ajaib

Lampu kelip-kelip ajaib hanya wujud di dalam kenderaan bermotor seperti motorsikal, kereta, lori, bas dan juga van.

Tenknologi ini sebenarnya sudah lama dicipta namun jarang mendapat tempat di hati pengguna dan sering diabaikan. Sebab itulah kita sering lihat kereta di depan kita membelok tanpa berkelip lampu di sisi kenderaannya.

Image result for car signal stick
Contoh batang untuk lampu kelip-kelip ajaib. Gambar : Instructables

Pihak kerajaan kerap kali berkempen untuk menggalakkan orang ramai menggunakan teknologi ini, malah di laman sosial juga ramai individu menggelarkan mereka yang tidak menggunakan lampu kelip-kelip ajaib ini sebagai babi.

Akan tetapi, kadar kesedaran penggunaan teknologi ini masih lagi di tahap yang rendah.

Pemegang Alat Elektronik Pintar

Teknologi pemegang alat elektronik pintar mula menjengah dunia sekiar 12 ke 15 tahun yang lalu, seiring dengan perkembangan teknologi telefon pintar.

teknologi kereta
Pemegang alat elektronik pintar datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Gambar : Android Central

Alat ini boleh dikatakan dijual pada harga yang rendah dan mampu milik, namun masih belum mampu untuk menarik hati orang ramai.

Ketiadaan alat ini di dalam kereta atau motor menyebabkan para pemandu mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang sekeliling dek kehilangan fokus.

Pam Ajaib

Secara umumnya, pam ajaib banyak boleh ditemui di dalam tandas sama ada di rumah atau di tempat awam. Fungsi utama pam ajaib adalah untuk menyahkan sisa najib di dalam lubang jamban.

teknologi pam ajaib
Pam ajaib versi duduk. Gambar : Reichelt Plumbing

Teknologi ini sangatlah senang untuk digunakan dan tidak menggunakan tenaga yang banyak, akan tetapi masih ramai manusia yang kurang peka dengan pam ajaib ini. Sebab itulah mereka meninggalkan sisa badan yang terdiri daripada daging, buah dan makanan hipster terapung, terutamanya di tandas awam.

Seeloknya mereka yang kurang arif dengan teknologi pam ajaib ini perlu membawa pulang najis mereka ke rumah dan dihidangkan sebagai pencuci mulut makan malam keluarga mereka.

Mengikut kaji selidik, mereka yang tidak gemar menggunakan pam ajaib ini layak digelar sebagai anjing dan babi.

BERKAITAN:   Putera Mahkota Arab Saudi Mahu Bina Kotaraya Setaraf Dubai di Padang Pasir Tandus
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.