5 Buah Termahal Pernah Direkodkan di Dunia

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Pada zaman dahulu, buah-buahan segar sangat senang untuk didapatkan memandangkan pertanian merupakan antara pekerjaan utama. Namun dengan peredaran zaman, dengan diversifikasi pekerjaan manusia, pertanian hanya dilakukan di tempat tertentu sahaja.

Maka, buah-buahan segar hanya boleh ditemui di kedai-kedai tertentu. Ada buah yang mampu dibeli oleh sesiapa sahaja manakala sesetengah buah yang lain hanya mampu dimiliki dengan harga yang tinggi.

Berikut adalah lima buah-buahan yang dijual pada harga yang tertinggi, menurut laman orissapost.com

Buah Nenas Lost Gardens of Heligan

buah nenas mahal
Sekali imbas, nenas ini sama sahaja dengan nenas di Yong Peng.

Buah nenas ini ditanam dan dipetik di Lost Gardens of Heligan, sebuah daerah di England yang diberi nama Cornwall. Harga buah ini mampu mencecah harga RM63,000 sebiji. Kenapa harganya begitu mahal?

Kalau diikutkan, iklim dan cuaca England tidak sesuai untuk penanaman nenas. Jadi untuk mendapatkan buah ini tanpa mengimport dari negara tropika, perhatian dan penjagaan penuh rumit perlu dilakukan.

Anggur Ruby Romans

Meskipun namanya Roman, buah anggur ini sebenarnya berasal dari Jepun. Setiap buah anggur ini bersaiz sama besar dengan bola ping-pong – ciri yang menyerlahkan buah ini berbanding anggur lain.

Rasa anggur ini juga dikatakan sangat sedap, warnanya pula merah yang menarik – menjadikan setangkai anggur ini boleh mencecah harga RM16,000.

Tembikai Yubari

buah tembikai yubari

Tembikai Yubari ini berasal dari Yubari, Hokkaido, Jepun – sebuah pulau yang paling utara di negara matahari terbit tersebut.

Yubari menjadi antara buah yang termahal adalah kerana bukan setakat permukaannya yang licin mengalahkan kulit Nursajat, malah ia juga dalam bentuk bulat yang sempurna. Rasa manisnya juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata – cukup berbeza dengan manisnya tembikai biasa.

Kebiasaannya buah ini dijual secara berpasangan dan antara harga yang tertinggi pernah direkodkan ialah 1.6 juta Yen (RM45,000).

Tembikai Petak

Tidak seperti kepercayaan ramai, tembikai petak ini sebenarnnya tidaklah berasal dari planet Adu Du. Tembikai petak berasal dari Jepun dan dicipta oleh seorang pereka grafik yang bernama Tomoyuki Ono pada tahun 1978.

Tujuan buah tembikai petak dihasilkan adalah untuk memudahkan penyimpanan di dalam peti, selain proses mengupas yang mudah. Rasa buah ini tidaklah begitu istimewa, namun dek bentuknya yang tidak dapat ditemui di tempat lain, harga biasa buah ini adalah sekitar RM400 sehingga RM800.

Buah tembikai jenis ini tidak sesuai untuk dijual di Malaysia kerana penjual akan dituduh ingin pergi ke Mekah balik hari oleh netizen Melayu yang super sensitif.

Tembikai Densuke

buah tembikai densuke

Tembikai Densuke merupakan buah yang paling mahal yang ada di Jepun. Ini kerana setiap tahun, tidak sampai 10,000 biji buah ini dihasilkan – sekaligus menyebabkan menjadikannya rebutan dan hanya dijual pada harga yang tinggi.

Dalam satu bidaan, harga tembikai ini pernah mencecah RM24,000 sebiji.

 

 

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.