5 Filem Berkenaan Politik Yang Wajib Ditonton

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Hari ini Malaysia dikejutkan dengan krisis politik terburuk sejak 1998 dan meletakkan pentadbiran tertinggi negara dalam keadaan tergantung sepi.

Ini sangatlah meresahkan rakyat. Ya lah, masa depan pimpinan negara jadi tak menentu, ekonomi jadi tak tentu hala, rakyat juga tak dapat berhibur dengan kenyataan-kenyataan badut para menteri tertentu.

Itu cerita relaliti. Dalam layar perak, ada banyak filem yang telah diterbitkan berkisar tentang politik. Berikut adalah 5 filem yang boleh ditonton di kala melayan drama politik negara.

Spoiler alert : Rise Ini Kalilah tiada dalam senarai.

The Ides of March, 2011

Filem lakonan Ryan Gosling, George Clooney, Philip Seymour Hoffman dan Evan Rachel Wood ini menceritakan tentang perjalanan kempen presiden Amerika Syarikat antara dua kem.

Kesimpulan mudah cerita ini: Tiada siapa yang bersih.

The Contender, 2000

Filem ini adalah filem drama politik yang diarahkan leh Rod Lurie, dan dibintangi Gary Oldman, Joan Allen, Jeff Bridges dan Christian Slater.

Filem ini memfokuskan tentang presiden Amerika Syarikat dan peristiwa di yang berlaku di sebalik pelantikan timbalan presidennya.

Filem ini juga merupakan jawapan kepada skandal Monica Lewinsky yang melibatkan bekas presiden, Bill Clinton.

Malcolm X, 1992

Filem yang dibintangi oleh Denzel Washington ini merupakan satu kisah tribut kepada pejuang kulit hitam kontroversi dan ketua kepada pembebasan kaum kulit hitam.

Dia dipenjarakan pada tahun 1950-an, dan kemudiannya mememluk Islam dan menjadi ketua Nation of Islam.

Dia dibunuh pada tahun 1965 dan meninggalkan legasi mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bangga dengan kaum sendiri.

Filem ini tidak sama dengan Malcolm in the Middle ya.

Selma, 2014

Walaupun Akta Hak Awam 1964 telah dibubarkan di selatan Amerika Syarikat, diskriminasi kaum masih lagi meluas di sesetengah tempat, menjadikan situasi sangat sukar bagi kaum kulit hitam untuk mendaftar mengundi.

Walaupun mendapat tentangan yang hebat, Dr. Martin Luther King Jr. dan pengikutnya berkeras mengadakan perarakan dari Selma ke Montgomery, dan ini telah memaksa Presiden Lyndon Johnson untuk meluluskan Akta Hak Mengundi pada tahun 1965.

Primary Colors, 1998

Filem ini diadaptasikan daripada kisah Bill Clinton yang bertanding untuk menjadi presiden Amerika Syarikat, dan seorang pemuda Henry Burton yang diambil untuk membantu menguruskan kempen daripada Gabenor Jack Stanton yang dilakonkan oleh John Travolta.

Burton ditarik ke dalam ke dalam dunia politik yang penuh warna warni.

BERKAITAN:   Kisah Sebenar di Sebalik Filem Saving Private Ryan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.