5 Filem Tentang Wabak Yang Wajib Ditonton

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seperti diketahui umum, virus korona sedang tersebar ke negara-negara yang dikunjungi warga China, dan setakat artikel ini ditulis, sebanyak 132 nyawa telah diragut virus benci ini dengan lebih 6000 jangkitan telah direkodkan.

Bila tengok keadaan macam ni, terdetik di hati untuk menonton filem-filem berkenaan penularan wabak penyakit. Selepas sedikit kajian dilakukan, berikut adalah lima filem pilihan kami.

I Am Legend

Filem ini mengisahkan tentang Dr. Robert Neville (lakonan Will Smith) yang berseorangan di kota New York, kota moden yang telah dimusnahkan jangkitan wabak yang menyebabkan mangsa menjadi mutan atau ganas.

Robert Neville sering merayau-rayau sekeliling kota mencari makanan dan mencari mereka yang terselamat yang lain sambil ditemani anjingnya.

Pada masa yang sama, Robert turut melakukan kajian bagaimana untuk mengubati mereka yang telah terkena jangkitan.

Seperti filem-filem lain, hero pasti akan berjaya, cuma dalam filem ini Robert terkorban ketika menyelamatkan seorang ibu dan anaknya daripada diterkam mutan.

Resident Evil – 6 filem

Filem yang diadaptasikan daripada permainan video ini berkisar tentang penularan virus yang menukar manusia menjadi zombie.

Sepanjang enam filem yang bermula pada tahun 2002 ini, watak utama lakonan Mia Jovovich, Alice, berjuang melawan syarikat yang menyebabkan berlakunya kemusnahan umat manusia, Umbrella Corp.

Umbrella corp di Wuhan, China

Syarikat tersebut pernah menjadi majikan Alice, dan menjadi punca penyebaran virus yang menukar manusia menjadi zombie.

Penghujung filem keenam atau yang terakhir, kau akan rasa;”Siot!”

Tengoklah kalau tak percaya.

World War Z

Filem lakonan Brad Pitt ini juga merupakan filem tentang jangkitan virus yang menyebabkan manusia menjadi zombie.

Mat Pitt yang memegang watak sebagai Gerry Lane, pernah bekerja untuk PBB telah ditugaskan utuk mencari penawar bagi virus yang merebak ke seluruh dunia ini.

Menariknya, dalam banyak-banyak negara di dunia ini, hanya Israel yang tidak dijangkiti, kerana tindakan pantas ejen Mossad mereka mengenal pasti ancaman virus ini sebelum ia merebak.

Akan tetapi, yang tak seronoknya, Jurusalem – ibu kota Israel akhirnya berjaya ditawan zombie. Bagaimana?

Kerana orang Palestin yang mereka selamatkan telah membuat bising lalu menjemput zombie memanjat tembok batu. Kau rasa?

Tetapi daripada insiden di Jurusalem itu, Gerry mendapat idea bagaimana untuk melawan virus tersebut. Seperti biasa, hero adalah rakyat Amerika.

Kau tengoklah sendiri.

Virus (Malayalam)

Filem ini berkisar di Kozhikode, Kerala, India dan menceritakan bagaimana tahap demi tahap bagimana virus mula dikenalpasti sampai pembasmian lengkap.

Kalau ada filem, pasti ada hero, kan?

Sama juga cerita ini di mana ia menceritakan bagaimana petugas perubatan berpenat lelah bekerja ketika epidemik melanda.

Virus mula dikesan dalam badan seorang lelaki yang bernama Zakariya Mohammed yang dibawa ke hospital di sebuah universiti di bandar tersebut.

Pesakit pertama ini kemudiannya menyebarkan virus ini kepada 18 orang lain yang mana 16 mangsa termasuk dirinya maut.

Filem ini juga memaparkan bagaimana perangai tahi politik.

Selepas beberapa ketika, akhirnya virus tersebut telah dikenalpasti – Nipah.

Zombi Kampung Pisang

Filem komedi lakonan Awie, arwah Zami Ismail, arwah Man Kadir,  Dato’ Mizal bin Zaini dan ramai lagi ini berkisar bagaimana penduduk Kampung Pisang bertukar menjadi zomba.

Silap. Zombi.

Kekecohan bermula apabila Pak Abu terjatuh ketika sedang menaiki basikal lalu meninggal dan mayatnya dibawa pulang.

Pak Jabit yang datang menziarah ‘jenazah’ Pak Abu turut ‘meninggal’ di rumah Pak Abu.

Selepas itu seorang demi seorang penduduk kampung rebah ‘meninggal dunia’ ketika sedang berkumpul di Dewan Orang Ramai.

Ketika inilah mereka yang meninggal tadi bertukar menjadi zombi.

Kalau yang dah tengok, mesti tahu apa punca penduduk kampung menjadi zombi. Kalau belum tengok, maksudnya hidup kau adalah satu kerugian.

 

BERKAITAN:   Irishman Ditonton Lebih 26.4 Juta Pada Minggu Pertama
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.