Kita sering dihiburkan oleh satu golongan manusia yang dipanggil ahli politik di mana mereka sering mengeluarkan kenyataan yang kadang kala nampak seperti kurang masuk akal.
Sebenarnya kisah orang politik kelakar ni bukan setakat di Malaysia sahaja yang ada, malah di luar negara juga.
Contohnya di United Kingdom, Peter Dawe, calon ‘Parti Brexit’ dalam pilihanraya negara tersebut pada tahun lalu telah mencadangkan supaya golongan gelandangan tidur dalam tong sampah yang mempunyai dua roda, seperti dalam gambar di bawah.
Saranannya semestinya mendapat kritikan baik di laman sosial atau di dunia sebenar, tetapi dia tetap teguh dengan pendapatnya.
Alasannya, cara itu lebih selamat daripada tidur secara terbuka.
“Aku tengok dalam TV yang orang gelandangan ni kabo deme kena sepak dan buli. Baring di jalanan dalam beg tidur, memang terdedah la yob!” ujar Peter.
Dia yang tinggal di Cambridgeshire, kemudiannya mendapat ilham, lalu mengikat dua tong di atas satu sama lain, dan masuk ke dalam.
“Aku suka sebenarnya macam ni. Memang lagi selesa daripada tidur atas lantai dalam khemah.
“Lagipun tahan panas, dan tahan ribut. Selesa, rilks dan juga kering,” tambahnya lagi.
Andai ideanya ini meletup, dia akan menunjukkan tutorial bagaimana untuk menghasilkan ruang tidur ini bagi mereka yang memerlukan.
Berita: LB