Ahli Politik Jangan Terlalu Pentingkan Kuasa – Mufti

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan para ahli politik agar tidak terlalu mengejar kuasa dan terperangkap dalam corak politik Machiavelli, terutamanya kepada mereka yang beragama Islam.

Menurutnya juga, semua pemimpin politik perlu jujur terhadap rakyat yang telah membuat pilihan mereka dalam pilihanraya umum lalu.

“Sebagai mufti, saya sepatutnya menjauhkan diri daripada mencampuri urusan politik kerana tugas utama ialah memberi pandangan mengenai hukum isu berkaitan agama (Islam) serta menasihati umat Islam mematuhi hukum tersebut,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Akan tetapi disebabkan berlaku kekecohan dalam arena politik negara sehari dua ini, maka beliau rasa terpanggil untuk bersuara.

“Biarlah kerajaan yang dipilih rakyat melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga PRU yang akan datang. Pada waktu itu, bersainglah secara sihat jika mahu menukar kerajaan menerusi saluran demokrasi.

“Melalui al-Quran, ALLAH SWT melarang keras umat Islam mengkhianati amanah yang sepatutnya dipikul dengan jujur dan ikhlas malah Nabi Muhammad SAW bersabda tidak sempurna iman seorang yang tidak beramanah.

“Takutlah kepada ALLAH SWT dan ingatlah kepada hari akhirat. Pada waktu itu, masing-masing akan berhadapan dengan pengadilan Ilahi yang akan menentukan kesudahan nasib seseorang sama ada mendapat nikmat syurga yang abadi atau akan terseksa dalam neraka,” katanya.

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.