Apple Tutup Kedai, Pejabat Kerana Virus Korona

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Coronavirus menjadi ketakutan terbaharu dunia semenjak dua menjak ini dan virus yang berasal dari Wuhan, China ini semakin tersebar ke merata tempat dan terbaru, lebih 20,000 jangkitan telah direkodkan dengan 425 maut.

Penyebaran virus ini dengan cepat telah menjejaskan banyak sektor termasuk perniagaan dan salah satu syarikat yang terkena tempias adalah Apple.

Syarikat berasal dari Amerika Syarikat tersebut mempunyai lebih 40 kedai rasmi di seluruh China dan jualannya di China merangkumi sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan jualan produk mewah tersebut di seluruh dunia.

Bayangkan banyak tak banyak jualan produk Apple di sana.

Akan tetapi, memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan, maka pihak pengurusan Apple di negara Tembok Besar tersebut terpaksa menutup kesemua kedai mereka, bersama-sama pejabat korporat bermula Sabtu lalu sehingga 9 Februari 2020.

“Sebagai langkah berjaga-jaga dan mengikut nasihat daripada pakar kesihatan, kami akan menutup kesemua pejabat korporat, kedai dan pusat pelanggan di tanah besar China sehingga 9 Feb,” kata seorang jurucakap Apple.

Walaubagaimanapun jurucakap tersebut enggan untuk cerita panjang bagaimana wabak tersebut memberi kesan kepada perniagaan syarikat tersebut.

Lebih parah lagi, kerajaan China telah mengarahkan supaya banyak kilang di negara tersebut agar ditutup sehingga 10 Februari, dan impaknya kepada Apple cukup besar.

Ini kerana kilang komponen-komponen produk Apple banyak dipasang di kilang-kilang tempatan dan arahan penutupan kilang pastinya akan membantutkan bekalan produk mereka ke seluruh dunia.

Secara keseluruhannya, seramai lebih 10,000 orang di China bekerja di Apple. Bayangkan jumlah ini bercuti serentak. Terciduk juga Apple tu..

Berita: WSJ

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.