Bagaimana Politik Kelam Kabut Sesebuah Negara Memberi Kesan Kepada Ekonomi

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seperti yang sudah raykat Malaysia sedia maklum, negara tercinta kini berada di persimpangan sama ada bakal bertukar kerajaan atau kekal kerajaan yang sedia ada.

Daripada sesi bawangan admin di laman-laman Facebook, ada pelbagai komen yang ditinggalkan oleh rakyat.

Ada yang menyokong pertukaran kerajaan, ada yang tidak. Apa pun komen daripada orang awam, tanpa kita sedar negara kita sedanga berada dalam fasa ketidakstabilan politik, dan ini boleh memberi kesan yang negatif kepada ekonomi negara.

Apa benda tu ketidakstabilan politik?

Maksud umum ketidakstabilan politik adalah kecenderungan untuk sesuatu kerajaan runtuh, sama ada disebabkan konflik atau perebutan kuasa yang amat ganas antara parti politik.

Jadi apa kesan perubahan kerajaan ni? Selalunya perubahan tampuk kepimpinan akan menyebabkan berlakunya perubahan dasar.

Dalam bahasa yang senang orang nak faham, situasi ini dipanggil keadaan tak menentu.

Macam kau dengan makwe kau lah. Kejap couple, kejap putus, kejap ada skandal, kejap layan akaun DS di Twitter. Tak menentu. Nampak?

Dahtu, apa kesannya kepada ekonomi?

Perkembangan ekonomi adalah saling berkait dengan kestabilan politik. Jadi, politik yang tidak stabil dalam sesuatu negara mampu menakutkan pelabur untuk tanam duit di sesuatu negara tersebut, sekaligus melembabkan ekonomi.

Orang tanam duit, atau kita panggil pelabur, mereka akan melihat keuntungan dalam jangka masa tertentu.

Indeks Bursa Malaysia hari ini

Tapi kalau dah tukar kerajaan dua tahun sekali, siapa nak labur?

Di bawah dasar kerajaan lama dapat untung 10%, tapi bawah dasar baru untung cuma 5%. Siapa nak labur, ye dak?

Satu contoh lagi. Pada tahun 2019, ekonomi Malaysia tidaklah berada pada tahap yang menawan.

Harga minyak mentah jatuh ke paras paling rendah sejak 2017. Nilai ringgit pula makin kecil berbanding dollar Singapura.

Bila ekonomi lembap, macam-macam masalah akan timbul.

Rusuhan boleh berlaku akibat tekanan ekonomi

Antaranya pendapatan negara berkurang, bisnes susah nak berkembang, nilai matawang merosot, orang hilang kerja dan macam-macam lagi lah.

Bagus ke tak bagus kelembapan ekonomi ni?

Tak bagus lah.

Bayangkan kalau ekonomi lembap ni berterusan sampai jadi krisis ekonomi macam tahun 1997-98 dulu.

Orang ramai hilang kerja, Bila hilang kerja, hilang pendapatan.

Bila hilang pendapatan, otomatik akan berjimat cermat, sampai nak beli pisang goreng tepi jalan pun kena kira duit betul-betul.

Kesannya kepada penjual pisang goreng pula.

Kesan domino tahu?

Ah, kau bukan faham pun. Yang kau tahu asalkan pemimpin yang kau sembah tu naik jadi kerajaan.

Rujukan geli-geli: Bank Dunia, Investopedia , AseanToday, 

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.