Seorang billionair Jepun, Yusaku Maezawa, dikhabarkan sedang memberi pengikutnya di Twitter sejumlah RM37 juta secara rambang, dengan tujuan untuk melihat sama ada penerima mampu hidup lebih gembira atau tidak.
Billionair berusia 44 tahun itu akan memberikan 1juta Yen kepada 1000 pengikut bertuah yang retweet ciapannya dipilih secara rambang untuk mendapat hadiah tersebut. Sejak ciapan tersebut dimuat naik, lebih empat juta pengguna telah retweet sambil berharap tuah akan berpihak kepada mereka.
Pemenang akan dipantau bagaimana cara mereka membelanjakan wang tersebut.
“Ini adalah eksperimen sosial yang serius,” kata Yusaku dalam satu video YouTube, sambil menambah dia berharap dapat menarik perhatian daripada ahli ekonomi dan akademik.
Yusaku sebenarnya merupakan penumpang swasta pertama yang akan terbang mengelilingi bulan bersama roket Space X milik Elon Musk, dan dia diketahui selalu berbelanja membeli hasil seni dan juga kereta sukan.
Pada tahun 2017, Yusaku telah membelanjakan RM461 juta untuk membeli lukisa Jean-Michel Basquiat dalam satu lelongan oleh pengkarya Amerika Syarikat.
Pada masa yang sama dia juga sering berfikir tentang bagaimana kehidupan dunia jika duit tidak pernah wujud.
Secara keseluruhannya, kekayaan Yusaku dianggarka sekitar RM8 billion – menurut Forbes, dan sebahagian besar daripada pendapatannya diperoleh dalam bidang elektronik dan juga atas talian.
Berita dipetik dari: Daily Mail