China: Ibu Bapa Tinggal Anak di Lapangan Terbang Gara-Gara Anak Demam

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Sepasang suami isteri di China telah berperangai seperti haiwan apabila sanggup meninggalkan dua anak mereka – lelaki dan perempuan di lapangan terbang, hanya kerana sang anak menghidap demam dan tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan kerana kerisauan akan coronavirus.

Pada awal pagi 23 Januari, keluarga empat beranak ini ditahan oleh jabatan imigresen selepas si anak lelaki didapati demam dan tidak dibenarkan untuk naik ke pesawat, lapor Oriental Daily.

Cerita asal mengenai kes tersebut. Gambar: WOB

Kejadian dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Nanjing Lukou.

Menurut saksi di tempat kejadian, keluarga ini sepatutnya menaiki penerbangan ke Changsa, namun akibat anak mereka tidak dibenarkan mengikuti penerbangan, kedua-dua ibu dan bapa ini bikin kecoh lalu menyebabkan penerbangan tertunda.

Syarikat penerbangan pula terpaksa menukar pintu berlepas beberapa kali disebabkan mereka yang meminta dibenarkan untuk menaiki pesawat atas alasan mereka berdua sihat walafiat.

Akhirnya segala kekecohan diselesaikan apabila ibu bapa tersebut mengambil keputusan meninggalkan kedua-dua anak di lapangan terbang, dan menaiki penerbangan ke Changsa!

Gila!

Anak mereka yang ditinggalkan pula terpkasa dijaga oleh petugas di lapangan terbang.

Netizen lain yang berada di lokasi turut mengecam tindakan ibu bapa mangkuk tersebut kerana beberapa sebab.

Pertama – penerbangan ditunda selama tiga jam kerana karenah kecoh mereka dan kedua, meninggalkan anak tanpa jagaan demi balik kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ada juga ibu bapa yang gila macam ni ya.

BERKAITAN:   10 Tips Penting Untuk Memulakan Perniagaan Dengan Modal Kecil
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.