Coronavirus Dikesan di Xinjiang, Lebih 1 Juta Tahanan Umat Islam Uighur Berisiko Tinggi

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Coronavirus menjadi ketakutan terbaharu dunia semenjak dua menjak ini dan virus yang berasal dari Wuhan, China ini semakin tersebar ke merata tempat dan terbaru, virus ini telah dikesan di wilayah Xinjian, di mana lebih sejuta umat Islam Uighur ditahan di kem tahanan dan dilayan lebih teruk daripada binatang.

Memetik laporan Business Insider, pada pukul 6 petang waktu tempatan, pihak berkuasa kesihatan tempatan telah  melaporkan bahawa dua lelaki yang bernama Gu dan Li, masing-masing berusia 52 dan 47 tahun, telah disahkan dijangkiti virus yang telah mengorbankan 26 nyawa itu.

Info mengenai virus Wuhan. Gambar: Al-Jazeera

Pihak berkuasa juga turut mengesahkan bahawa kedua-dua Gu dan Li telah melawat Wuhan, atau lebih spesifiknya di Hubei di mana kes pertama jangkitan virus ini direkod pada 10 Januari.

Risiko Jangkitan Kepada Tahanan Umat Islam

Dengan pengesahan ini, timbul kebimbangan kerana di Xinjiang terdapat lebih 465 kem tahanan di seluruh wilayah tersebut seperti yang dilaporkan oleh Gerakan Kesedaran Turkistan Timur Kebangsaan.

Omir, bekas tahanan di sebuah kem di Karamay, Xinjiang Utara bercerita kepada BBC pada tahun 2018 bahawa dia terpaksa berkongsi bilik bersama 45 tahanan lain.

Dek ruang yang sangat sempit, mereka terpaksa bergilir-gilir untuk tidur.

Sayragul Sauytbay, yang berjaya melepaskan diri dari kem pada Mac 2018 pula berkata,”Makanan teruk sangat, tak cukup jam untuk tidur dan kebersihan pula sangat mengerikan.

“Terdapat lebih 20 orang dalam satu bilik berkeluasan 16 meter persegi.

“Setiap bilik pula ada sebuah baldi plastik sebagai tanda. Setiap tahanan diberkan masa 2 jam sehari untuk menggunakan tandas, dan baldi itu hanya dikosongkan sekali sehari,” tambah wanita ini lagi.

Impak Coronavirus Kepada Kem

Jika virus Wuhan itu dapat menembusi ke kem tahanan, kesan yang sangat serius tidak dapat dielakkan daripada berlaku kepada para tahanan. Nyawa mereka dalam bahaya!

James Millward, professor dalam bidang sejarah Asia Tengah dan China di Universiti Georgetown menciap,”keadaan yang sesak, kebersihan yang teruk, selsema, sistem immune yang lemah akan menyebabkan bencana yang ngeri.

Berita: Business Insider

 

BERKAITAN:   Lelaki Marathon Dalam Rumah Untuk Lawan Virus di China
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.