Virus maut, coronavirus atau nama lainnya virus Wuhan kini sudah sampai ke Malaysia dengan tiga kes positif virus ini direkodkan.
Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini.
Pihak kementerian telah dihubungi oleh rakan sejawat di Singapura bahawa sebuah keluarga yang terdiri daripada lima bereanak – sepasang suami isteri, anak lelaki, menantu perempuan dan dua kanak-kanak bersama 11 yang lain memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura.
Mereka yang disahkan positif coronavirus adalah si datuk dan dua kanak-kanak tersebut.
Ketiga-tiga pelancong ini dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru sebelum ini namun selepas disahkan terkena jangkita Novel Coronavirus (2019-nCoV), mereka dipindahkan ke hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Pada masa yang sama, ahli keluarga mereka yang negatif virus ini telah dihantar pulang ke China.
Persoalan, tak boleh ke tutup pintu buat mereka dari China ke Malaysia buat sementara waktu?