Jenama selipar kasut getah terkenal, Crocs, sememangnya dikenali dengan rekaan yang santai tapi power sekaligus menjadi pilihan pengguna dan juga pencetak rompak.
Kali ini, Crocs datang lagi dengan rekaan terbaru dan unik menerusi kerjasama dengan syarikat gergasi makanan segera, KFC.
Menerusi satu pengumuman di laman Twitter, KFC mengesahkan bahawa mereka bekerjasama dengan Crocs untuk mengeluarkan kasut terbaharu dan bakal mula dijual pada tahun ini.
Introducing the official Kentucky Fried Chicken licensed proprietary footwear made in collaboration with @crocs. Do not eat. Coming Spring 2020. (https://t.co/oYeRikX5lX) pic.twitter.com/bAlyBbwMOX
— KFC (@kfc) February 12, 2020
Dari pihak Crocs pula, mereka juga sudah mula mempromosikan paten terbaharu ini.
“Anda suka ayam goreng paling terkenal di dunia? Anda suka Crocs? Anda suka Colonel Sanders? Jadi, kami ada sesuatu untuk anda,” tulis Crocs di laman web mereka.
Pelancaran paten baharu ini semestinya mendapat perhatian para warganet.
There are so many things wrong with this that they all cancel each other out and this is perfectly normal.
— Fake Dispatch (@Fake_Dispatch) February 12, 2020
“Macam tak kena, tapi ngam” – Fake Dispatch
What the fuck is this
— Mythic (@mythicburritoz) February 12, 2020
“Apa bersetubuhnya ini?” – Mythic
oh… my god
— Ryan Brown 🎮 (@Toadsanime) February 12, 2020
“Ya Tuhan..” – Ryan Brown
kfc crocs kfc crocs kfc crocs
— demidaria (@mooonblast1) February 12, 2020
“kfc crocs kfc crocs kfc crocs.” – demidaria
“Binatang apa ini?” – Mulakan
Dari segi harga pula, produk sememangnya diketahui bukan taraf Abidas dan juga Niki atau Pumi.
Kalau ikutkan model seperti Crocs Goth, harganya sekitar USD250. Kalau sampai ke Malaysia mahu dekat seribu ringgit juga tu.
Kira kasut ini untuk collector dan orang kaya la. Bukan untuk admin pakai pergi solat Jumaat.
Apa pendapat korang? Power tak power kasut ni?