Dadah Bernilai RM100,000 Dimusnahkan Sekumpulan Babi Hutan

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Sekumpulan babi hutan telah menyelamatkan penduduk setempat daripada penyalahgunaan dadah apabila haiwan liar ini tanpa sengaja telah menghisap dadah jenis kokain yang disoro di hutan di timur Tuscany, Itali, menurut laporan thelocal.it

Menurut polis, kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai hampir RM100,000 (20,000 Euro), dan ditanam oleh para pengedar dadah.

Sebenarnya, babi hutan, atau nama manjanya cinghiale, menjadi masalah utama buat para petani, penunggang motosikal dan terkini pengedar dadah, di kawasan pedalaman Itali. Haiwan tersebut didapati telah menggali dan memecahkan pakej kokain yang ditutup rapi, sebelum menyepahkannya ke kawasan lapang.

babi hutan cegah dadah
Babi hutan menjadi masalah utama di Itali selepas jumlah haiwan ini meningkat berkali ganda. Mungkin kerana selalu high, babi hutan selalu melakukan proses pembiakan. Gambar : thelokal.it

Pihak polis mendapat informasi pemusnahan dadah ini selepas terdengar pengedar dadah yang disyaki, terdiri daripada seorang lelaki Itali dan tiga Albania, mengomel tentang dadah mereka yang musnah selepas disimpan di hutan.

Dadah tersebut dilaporkan datang dari bandar terdekat, Perugia, sebelum diedar dan disorokkan di bandar Arezzo. Sebelum ditangkap, para pengedar dadah tersebut telah menjual 2kg dadah di kawasan sekitar.

Memandangkan babi hutan tidak boleh bercakap, tidak dapat dipastikan apa perasaan mereka selepas mengambil dadah secara tidak sengaja. Apapun, pasti para pengedar dadah di sana berulang kali menyebut ‘babi betul’.

BERKAITAN:   Hampir 30,000 Babi Mati Diserang Taun
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.