Duit Kertas Malaysia Tiada Lemak Babi- Timbalan Menteri Kewangan

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Duit kertas di Malysia telah disahkan bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak khinzir, selain patuh syariah.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, ketika menjawab celahan Senator Sabani Mat dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Mata Wang 2019 di Dewan Negara.

“Wang kertas RM1 dan RM5 menggunakan polimer sebab ia lebih tahan empat kali ganda berbanding wang kertas biasa. Wang kertas tidak mengandungi mana-mana unsur lemak khinzir seperti yang didakwa,” katanya.

Amiruddin menjelaskan, Bank Negara Malaysia (BNM) sudah mendapat laporan terperinci daripada makmal bebas yang mengesahkan tiada sebarang unsur lemak haiwan dalam wang polimer.

Beliau berkata, perkara itu juga sudah dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah BNM yang bersetuju dengan penilaian bahawa wang polimer bebas daripada unsur lemak haiwan dan boleh digunakan tanpa was-was.

Seperti diduga, Dewan Negara kemudian meluluskan RUU berkenaan.

Sebelum ini, pensyarah Universiti Sains Malaysia, Dr. Zhafri Ismail dari Sekolah Sains Farmasi mendakwa dia mendapat informasi daripada orang dalam bahawa lemak babi digunakan untuk memproses duit kertas yang digunakan di Malaysia,

Selain itu, turut diluluskan enam lagi RUU bawah Kementerian Kewangan, iaitu RUU Kewangan 2019; RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2019; RUU Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2019; RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2019; RUU Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019 dan RUU Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019.

Dalam pada itu, Amiruddin berkata, RUU Kewangan 2019 bertujuan meminda antaranya Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan Akta Kewangan 2018.

“Bagi melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai, ia memerlukan pindaan akta-akta berkaitan,” katanya.

Berita dipetik dari BERNAMA

BERKAITAN:   Petani Dimakan Babi Peliharaan Selepas Rebah Akibat Sakit Jantung
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.