Ejen Ali The Movie Lakukan Kutipan 20 Juta Dalam Masa Dua Minggu

Demigo

Demigo

Let it go, demigo, can't hold it back anymore, Let it go, demigo, demigooo. Go go power rangers
Share on facebook
Share on twitter

Kutipan filem animasi, Ejen Ali The Movie mencapai sasaran apabila meraih RM20 juta dalam masa dua minggu tayangan dengan lebih 1.7 juta tontonan.

Misi Neo adalah filem pertama dari Wau Animation. Filem ini dikeluarkan selepas dua musim siri Animasi disiarkan. Filem ini adalah kesinambungan secara terus dari siri animasi.

Ejen Ali The Movie – Official Trailer

Ejen Ali The Movie berkisar mengenai Ali, yang berusia 12 tahun direkrut menjadi perisik di Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Mula ditayangkan pada 28 November lalu, produksi terbitan bersama Primeworks Studios dan WAU Animation itu terlebih dahulu dinobatkan sebagai filem ‘pecah panggung tempatan’ apabila mendominasi carta filem dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

Ini adalah kutipan yang memberangsangkan dan sudah pun menewaskan kutipan Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal.

Mamak Maju

Nikmati lagu ini sebagai tanda ucapan tahniah & maju jaya!

BERKAITAN:   Kisah Sebenar di Sebalik Filem Saving Private Ryan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.