“Elak berkongsi nama anak, nama sekolah di media sosial,” Nasihat Seorang Bapa Selepas Anaknya Hampir Diculik di Depan Mata Isteri

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Sekarang ni zaman media sosial dan ramai orang berkongsi tentang kehidupan peribadi di bersamai rakan-rakan atau secara umum di atas talian.

Ada orang yang berkongsi gambar kereta, gambar rumah malah ada juga yang berkongsi gambar anak-anak. Letak gambar anak tu tak salah, tetapi yang salah kalau siap beritahu satu dunia nama anak, dan ada juga beritahu anak sekolah di mana.

Bahaya tahu tak!

Baru-baru ini, seorang bapa, Ihsan Zainal, telah menempuh episod ngeri dalam hidup di mana anaknya hampir diculik di depan mata isterinya sendiri!

Penculik Cuba Nasib Dengan Minta Izin Cikgu

Bercerita di status Facebook peribadinya, dia berkongsi bagaimana seorang lelaki cuba menjemput anaknya di sekolah.

“Tu sebab aku tak share sangat pasal anak anak aku dalam wall aku.. baik g sekolah atau memana ke..”

“Semalam je terjadi satu peristiwa dimana ketika wife aku nak jemput balik anak aku sorang ni.. tetiba ntah mana sorang tu pakai smart.. nak jemput anak aku.. dengan hanya terbalikkan nama nya.. rasanya “try n error” kot.. kebetulan wife aku dibelakang die turut terdengar nama anak aku..”

Namun disebabkan cikgu berdekatan anaknya mengenali isterinya dek abangnya bersekolah di tempat yang sama, maka cikgu tersebut telah menahan lelaki tersebut daripada mengambil anaknya.

Namun nasib baik cikgunya mengenali wife aku, yelakan.. sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah.. tapi sebab abang dia pernah belajar situ jadi muka kami ni memang tak asing bagi mereka.. cikgunya menahan dan berkata awak bukan ibu bapa nya.. fuhhh disitu kita nampak tanggungjawab guru sangat berat.. bukan hanya semasa waktu kelas, tetapi juga selepas kelas..

Yang tak tahannya, lelaki durjana tersebut, selepas dihalang guru, boleh cakap tersalah sekolah! Kalau anak betul, tak mungkin dan tak akan lupa sekolah anak yang mana satu.

Orang tu siap cakap apa tau? “owhh tersalah sekolah dan berlalu pergi” mana mungkin banyak banyak sekolah ko boleh tersalah dengan sebut nama murid boleh dikatakan 90% betul.. cumanya terbalik je..

Perkara tersebut mendapat perhatian guru besar, dan tindakan akan diambil bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi. Pesanan terakhir bapa tersebut, dia menyeru kepada orang ramai untuk tidak berkongsi nama anak, nama sekolah di media sosial demi kebaikan semua termasuk ibu bapa dan anak.

Elak berkongsi nama anak, nama sekolah di media sosial.. macam-macam boleh terjadi.. mungkin bukan kerana budak, tapi mungkin kerana perasaan lain terhadap mak ayah ke boleh jadi..

Entri Asal

 

BERKAITAN:   Baju Kemeja Sekolah RM5 Sehelai
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.