Extreme Ironing: Sukan Ekstrim Menggosok Baju Yang Ramai Tak Tahu

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Bila mengenai menggosok baju, kita pasti akan terbayangkan di mana seseorang menggosok baju di dalam bilik dengan tenang, sambil menyanyi atau bersiul lagu-lagu Jamal Abdillah.

Akan tetapi, pernahkah terfikir bahawa aktiviti menggosok baju sebenarnya boleh dijadikan satu sukan ekstrim?

Para mat saleh di sebahagian benua eropah kini menggabungkan seni menggosok baju dengan sukan lain seperti lumba kereta, lumba ski, malah terjun di udara sebagai sukan ektrim dan memanggilnya extreme ironing.

Asal Usul Sukan Extreme Ironing

Sukan extreme ironing (EI) ini dikatakan dimulakan oleh Tony Hiam pada tahun 1980 di sekitar Yokshire Dales National Park, England, selepas kagum dengan abang  iparnya yang menggosok baju walaupun ketika sedang berkhemah di dalam hutan.

Tony lantas mendapat idea lalu mula menggosok baju di tempat-tempat pelik seperti di atas gunung, balai pelepas lapangan terbang yang sedak, dalam pondok telefon atau di mana sahaja asalkan orang yang tengok akan cakap “biar betik!”

Lagi satu versi sejarah pula menceritakan kisah yang berbeza. Sukan ini dikatakan bermula pada tahun 1997 di Leicester, England, oleh Phil Shaw di laman rumahnya.

Pada hari bersejarah tersebut, Shaw dikatakan sangat penat selepas menghadap kerja di kilang tetapi apabila sampai di rumah, dia mempunyai banyak kerja rumah pula yang perlu dilakukan, tetapi pada masa yang sama dia mahu bersukan juga.

Jadi, tercetus idea untuk menggosok baju sambil memanjat batu (rock climbing) sebagai acara pertama EI.

Perkembangan Sukan EI

Pada Jun 1999, Shaw yang menggunakan nama komersial “Steam”, mula mempromosikan sukan tersebut di negara luar termasuklah Amerika Syarikat, Fiji, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan.

Ketika berada di New Zealand, Shaw bertembung dengan sekumpulan pelancong dari Jerman, lalu tercetuslah Menggosok Ekstrim Antarabangsa (Extreme Ironing International) dan juga German Extreme Ironing Section.

Lama-kelamaan, sukan ini semakin berkembang dengan beberapa tambahan cabang seperti melompat bungee.

Pada tahun 2003, John Roberts dan Ben Gibbons dari Cheltenham telah menggosok bendera Britain di atas sedikit daripada Kem Tapak Everest – sekaligus mencipta rekod EI paling tinggi dengan 5440 meter di atas paras laut.

Tahun yang sama juga menyaksikan pasukan dari Afrika Selatan memenangi Piala Rowenta di mana para peserta dikehendaki menggosok baju di dalam gaung.

Bukan setakat di darat, di udara pun ada juga. Pada tahun 2009, sekumpulan penerjun bebas seramai 128 telah mencipta rekod 86 orang terlibat menggosok baju selama 10 minit di udara. Selain mencipta rekod, acara ini juga berjaya mengumpul sebanyak GBP15,000 dan didermakan kepada Royal National Lifeboat Association.

Gambar Aksi Memukau Extreme Ironing

Artikel dipetik dari: Wikipedia

Gambar diambil dari: sananduseless

BERKAITAN:   Kenapa Lelaki Senang Botak?
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.