Facebook Mula Sekat Video Deepfake, Tiada Lagi Video Kelakar Selepas Ini?

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Facebook kini akan menyekat video deepfake, atau dalam bahasa mudahnya – video palsu yang disunting dengan menggunakan applikasi atau software.

Video deepfake selalunya dihasilkan dengan menggantikan wajah atau suara pelaku sebenar dengan wajah atau suara orang lain.

Contoh video deepfake  yang masyhur seperti di bawah, di mana pelakon komedi, Jordan Peele, meniru suara bekas presiden Amerika, Barrack Obama, dan bercakap mengikut gerak mulutnya.

Contoh video deepfake yang tular di Malaysia baru-baru ini pula adalah video yang menampakkan wajah pelakon sasa sedang menayangkan punainya.

Itu satu contoh yang ringan dan tidak memberi kesan kepada sesebuah negara selain meransang nafsu minah-minah tudung di Twitter.

Bayangkan kalau di Malaysia ada orang buat video deepfake  dan pandai meniru suara Lim Guan Eng, lalu bercakap tentang perkara sensitif, tidak ke akan mencetuskan pergaduhan?

Dah la netizen di Malaysia ni asal ada video atau gambar panas je terus forward ke group WhatsApp, terutamanya orag tua.

Berbalik kepada cerita Facebook.

Menurut Monika Bickert, naib presiden pengurusan polisi gobal di Facebook, ini adalah langkah konkrit untuk melawan pengeposan video-video seperti itu di platform tersebut.

“Video ni masih lagi tak banyak di internet, tetapi ia merupakan cabaran yang utama kepada industri ini dan juga masyarakat kerana penggunaannya semakin tinggi,” kata Monika dalam blognya.

Selain Facebook, syarikat media sosial lain turut tertekan dengan video-video seperti ini di mana banyak video palsu disebarkan yang mengandungi bahan politik, terutamanya tatkala Amerika sedang bersedia untuk menghadapi pilihanraya presiden pada tahun ini.

Tahun lepas, anak syarikat Google, Alphabet Inc telah menaiktaraf polisi pengiklanan politik dan mereka juga menghalang penggunaan video deepfake dia laman mereka.

Walaubagaimanapun, Facebook memberi jaminan bahawa video-video deepfake yang akan disekat tidak termasuk video kelakar atau satira.

Ini bermaksud kita masih boleh berhibur dan bergelak ketawa di Facebook.

Artikel : WSJ

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.