Fakta Yang Wajib Diketahui Tentang Perdana Menteri Interim

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia kini sedang berada pada situasi politik yang sangat tidak stabil di peringkat persekutuan.

Selepas beberapa hari, daripada Perdana Menteri, kini Tun Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri interim.

Jadi, apa ke bendanya Perdana Menteri interim (PMI) ni?

Begini ceritanya. Cerita ini adalah menurut pakar undang-undang, bukan pakar palatao yang bersepah di media sosial.

Apabila seseorang Perdana Menteri meletakkan jawatan, maka secara automatiknya kabinet kerajaan akan terbubar.

Maka apabila kabinet terbubar, maka Malaysia adalah sebuah negara tanpa pentadbir. Ibarat main bola tak ada kapten, atau main golf tanpa bola, atau main boling tanpa pin.

Untuk mengatasi masalah ini, Yang Dipertuan Agong telah melantik Tun Mahathir sebagai PMI sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baru atau menunggu keputusan pilihanraya umum akan datang.

Pada masa yang sama, PMI tidak akan tertakluk kepada mana-mana parti, tetapi mengikut sokongan Ahli Dewan Rakyat, atau dalam bahasa mudahnya, ahli parlimen.

Ya, ahli parlimen macam Khalid Samad tu.

Berapa lamakah tempoh masa diberikan sebagai PMI? Tiada. Maka Tun Mahathir akan kekal menjadi PMI sehinggalah segala kekusutan selesai, dan kata sepakat di kalangan ahli parlimen dicapai.

Dari segi bidang kuasa pula, PMI secara asasnya akan memikul tanggungjawab kesemua menteri dengan bantuan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian yang ada.

Kesimpulannya, perkataan interim selepas jawatan tersebut hanyalah hiasan semata-mata, dan ia tidak mengecilkan kuasa asar seorang Perdana Menteri.

Harap cepat selesailah kemelut politik di Malaysia ni. Malu kat Indonesia.

Sumber: Sinar Harian

BERKAITAN:   Ahli Politik Cadangkan Golongan Gelandangan Tidur Dalam Tong Sampah Beroda
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.