Gara-Gara Ikut Cakap Golongan Anti-Vaksin, Seorang Ibu Kehilangan Anak Kerana Selesema

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Colorado, Amerika, telah meninggal dunia akibat selesema minggu lalu selepas ibunya enggan mengikuti saranan doktor.

Najee Jackson Jr. disahkan menghidap selsema dan doktor mencadangkan supaya dia diberikan ubat yang bernama Tamiflu. Malang buat kanak-kanak ini apabila ibunya adalah seorang yang tidak berapa berkenan dengan perubatan moden lalu merawat selesemanya dengan menggunakan timun dan pucuk tumbuhan.

Lebih parah lagi, ibunya yang bernama Geneva Montoya, mendapat galakan untuk mengelakkan daripada menggunakan ubat moden daripada golongan anti vaksin di satu grup di Facebook.

“Anak aku berusia 4 tahun ada mengalami demam sampai kejang pada suhu 39 (darjah Celcius),” tulisnya di grup tersebut pada 31 Januari 2019.

“Doktor kabo suruh makan Tamaflu, tapi aku tak ambil pun.”

Tanpa ubat tersebut, keadaan anaknya semakin teruk dan akhirnya diisytiharkan mati otak di hospital, sebelum sokongan nyawa dihentikan.

Selain arwah, tiga lagi anak mereka juga sedang menghidapi selesema yang sama juga dengan yang paling teruk kena adalah bayi mereka yang berusia 10 bulan.

Suhu badannya sangat tinggi dan terpaksa dimasukkan ke hospital dan keadaan kesihatannya telah meningkat.

Tamiflu merupakan antara ubat yang paling kerap digunakan di hopital di negara tersebut, dan ia boleh mengurangkan simptom dan memendekkan tempoh penyakit.

Tapi tu lah, golongan anti vaksin ni tetap cakap ubat tu bahaya. Binawe.

Berita: ATI

 

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.