Gordon Ramsay Mengajar Dunia Cara Masak Nasi Dengan Betul

Cappuccino

Cappuccino

Share a little biographical information to fill out your profile. This may be shown publicly.
Share on facebook
Share on twitter

Chef selebriti terkenal seantero dunia, Gordon Ramsay melalui laman Youtube rasmi beliau telah mengajar dunia bagaimana memasak nasi putih dengan betul supaya gebu seperti Dato Sri Vida.

Video yang dimuat naik sejak 5 disember 2013 telah ditonton hampir 1.7 juta penduduk dunia bagi mengetahui cara sebenar bagaimana nasi dimasak.

Mungkin bagi mereka yang berada di Asia terutamanya Malaysia hanya tersenyum lebar melihat video ini. Nak masak nasi kena rujuk video?

Siapa Gordon Ramsay?

Gordon Ramsay sememangnya terkenal dengan kehebatan memasak dengan teknik dan kemahiran yang berada ditahap yang tidak boleh di bawa berbincang.

Dalam rancangan Hell Kitchen atau dapur neraka, Gordon Ramsay ditakuti ramai kerana mulut mengalahkan puaka dan suka mencarut tanpa sempadan.

Terbaru, Gordon Ramsay mendedahkan bahawa anaknya, Oscar yang berusia 9 bulan, sudah pandai mencarut dengan jayanya sepertin beliau. Gila.

Menurut Ramsay, Oscar sudah menunjukkan reaksi dia tak sukakan beberapa makanan yang diberikan dengan menujukkan isyarat “f*****g disgusting”

“Oscar mula makan makanan pertamanya dengan baik namun selepas 3 saat dia meludahkannya keluar.”

“Aku boleh membaca gerakan bibirnya ketika Tana, isteri aku sedang memasak. Ayat yang keluar daripada mulutnya adalah ‘F***ing disgusting’.”

Gordon James Ramsay merupakan nama penuh beliau dan dilahirkan pada 8 November 1966 di Johnstone, Renfrewshire, Scotland dan kini hampir berusia 54 tahun.

Selain bergelar chef selebriti, Ramsay juga dikenali sebagai pengusaha restoran, personaliti televisyen dan pengkritik makanan.

Restoran kendalian beliau pernah dianugerahkan dengan 16 Michelin stars, satu pengiktirafan tertinggi bagi sebuah restoran.

Michelin Star bukan Misil Lancar

Kini hanya 7 sahaja restorannya yang memilik bintang itu dan tiga daripadanya mengekalkan bintang itu sejak 2001 hingga kini.

Populariti Ramsay mula melonjak naik menerusi satu rancangan Boiling Point yang ditayangkan di televisyen British pada tahun 1998.

Pada 2004 Ramsay telah menjadi chef yang terkenal dan berpengaruh di United Kingdom.

Kemudian Ramsay terus dikenali seantero dunia melalui rancangan Hell’s Kitchen, The F Word, Ramsay’s Kitchen Nightmares, MasterChef, MasterChef Junior dan Hotel Hell.

Resipi dan Cara Gordon Ramsay Masak Nasi

Pada kebiasaannya macam mak kau, mak aku dan mak-mak yang lain menanak ini nasi hanya menggunakan beras dan air sahaja tetapi tidak bagi Gordon Ramsay.

Demi mendapatkan nasi putih yang gebu dan sempurna dengan aroma yang yang bercita rasa tinggi Gordon Ramsay menggunakan beberapa bahan lain.

Dah macam nak masak Nasi Arab.

1. 400 gram beras.
2. Tiga 3 biji buah pelaga. pierced cardamom pods
3. Dua kuntum Bunga Lawang.
4. Lada hitam dan garam.
5. 600 Mililiter air (Satu bahagian beras bersamaan satu setengah bahagian air)

Mula-mula dapatkan beras mengikut selera masing-masing dan timbang 400 gram beras tersebut kemudian basuh dan bilas sehingga bersih dan suci.

Masukkan nasi kedalam periuk dan untuk menjadikan nasi kosong yang gebu itu menarik maka beberapa bahan lagi ditambah.

Tiga biji buah pelaga dimasukkan bersama dua kuntum bunga lawang bagi mendapatkan nasi yang beraroma.

Kemudian masukkan garam dan lada hitam untuk memberi perisa. Akhir sekali masukan masukkan 600ml air.

Masukkan bunga lawang dan buah pelaga

Untuk kiraan mudah satu bahagian beras bersamaan satu setengah bahagian air(Beras 1: Air 1.5).

Letakkan periuk di atas dapur, buka api dan tutup periuk. Bila sudah mula mendidih terus padamkan api.

Biarkan nasi itu bertenang selama lapan sehingga sepuluh minit. Inilah rahsia memasak nasi yang hebat.

Biarkan nasi masak dengan wap dalam periuk dan jaga buka tudung periuk dalam tempoh itu.

Selepas lapan ke sepuluh minit barulah buka tudung periuk dan kacaulah nasi anda yang gebu lagi beraroma.

Maka dapatlah anda menikmati nasi yang sempurna. Tontonilah video ini untuk lebih kefahaman.

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.