Hampir 30,000 Babi Mati Diserang Taun

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Hampir 30,000 ekor babi didapati telah mati akibat penyakit taun yang menyerang Sumatera Utara, Indonesia sepanjang tempoh tiga bulan ini, dengan beribu lagi haiwan ternakan tersebut turut berdepan risiko besar jangkitan, lapor CNA.

“Setiap hari, sekitar 1000 dan 2000 ekor babi mati. Tinggi tu!” bilang Agustia, pegawai veterinar di Medan pada 13 Disember lalu.

Walaubagaimanapun, jumlah kematian haiwan ni masih lagi pada kadar yang rendah memandangkan sebanyak 1.2 juta babi dibela di sekitar wilayah tersebut di mana majoriti penduduknya merupakan penganut Kristian.

Pada bulan lalu, 1000 ekor bangkai haiwan tersebut ditemui dibuang di sungai kawasan setempat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sebelum dinaikkan ke darat dan ditanam bagi mengelakkan pencemaran yang lebih lanjut berlaku.

Hasil ujian makmal yang dilakukan ke atas bangkai-bangkai tersebut mengesahkan ia mati akibat jangkitan taun. Walaubagaimanapun, tiada tanda-tanda selesema babi Afrika ditemui,

Pada tahun 2017, taun juga telah menyerang para babi di Nusa Tenggara dan menyebabkan kematian 10,000 haiwan tersebut, lantas mengakibatkan kehilangan punca pendapatan kepada para penternak setempat.

Beberapa bulan lalu kita didedahkan dengan berita mengenai kumpulan-kumpulan babi yang berenang merentasi Selat Melaka menuju ke Malaysia. Maka kini fahamlah kita bahawa babi-babi tersebut lari daripada krisis penyakit di negara asal, dan memulakan hidup baru di Malaysia.

Berkaitan : Babi musnahkan dadah.

BERKAITAN:   Dadah Bernilai RM100,000 Dimusnahkan Sekumpulan Babi Hutan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.