Influenza di Malaysia Tiada Kaitan Dengan China – Menteri Kesihatan

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Institut Kajian Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah mengesahkan bahawa terdapat peningkatan kes influenza di Malaysia baru-baru ini.

Mereka juga mendapati bahawa virus yang menyebabkan demam di kalangan rakyat Malaysia ini merupakan virus yang dikenali, dan kesimpulan dibuat bahawa ia bukanlah virus baru yang dibawa dari negara luar.

Mengumumkan perkara ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut menekankan bahawa virus tersebut tiada kaitan dengan epidemik influenza di Wuhan, China.

Analisa juga turut mengkaji jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan untuk simptom influenza ini, selain pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasa (SARI).

Dr. Dzulkefly menambah bahawa ketika ini kementerian masih tidak mempunyai sebarang polisi untuk membekalkan vaksin influenza kepada umum, kecuali kepada pesakit yang mempunyai risiko terdedah yang tinggi – mereka yang mempunyai penyakit kronik atau sistem pertahanan badan yang tidak kuat.

Hospital Tak Cukup Katil Adalah Berita Palsu

Menteri Kesihatan turut menepis  tanggapan dalam media yang mengatakan hospital awam dan swasta di Malaysia tidak cukup katil untuk menempatkan pesakit yang dijangkit influenza.

Setakat ini, hanya pesakit yang dijangkiti teruk atau memenuhi kriteria penyakit selepas diuji akan ditahan di wad.

Inilah rupa virus yang menyebabkan influenza/ Gambar: SA

Tentang vaksin influenza yang kehabisan stok pula, menteri tersebut telah meminta pembekal untuk menyediakan bekalan dengan segera untuk memenhi permintaan di seluruh negara dan setakat ini, hospital swasta yang melaporkan bahawa mereka kekurangan ubat anti-virus ini sudah mula menerima bekalan ubatan mereka.

Stok Ubat Dijamin Mencukupi

“Untuk membantu Kementerian Kesihatan, Pharmaniaga telah memberi jaminan bahawa stok ubat anti-virus akan terus diedarkan tanpa sekatan untuk memastikan jumlah ubat adalah mencukupi,” katanya.

“Perlu diingat juga bahawa penggunaan ubat anti-virus perlu mendapat kelulusan doktor memandangkan adanya kelalian ubat di kalangan pesakit yang menggunakan ubat tanpa kawalan,” tambahnya lagi.

Sebanyak 52 peratus kes jangkitan saluran pernafasan telah direkodkan dari sekolah, tadika dan asrama tetapi kesemuanya tidak perlu ditutup kerana jangkitan masih terkawal –

Sumber : bernama

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.