Iran Mengaku ‘Tidak Sengaja’ Tembak Jatuh Pesawat Penumpang Ukraine

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Iran telah mengaku bahawa tentera mereka telah melakukan ‘kesalahan yang tidak dapat dimaafkan’ selepas menembak jatuh pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Ukraine dan mengorbankan 176 orang di dalam, selepas beberapa hari menafikan keterlibatan mereka dalam kemalangan tersebut.

Dalam satu kenyataan dalam televisyen nasional Iran pada hari Sabtu lalu, pihak tentera menyalahkan ‘kecuaian manusia’ sebagai punca utama pesawat Ukraine International Airlines 752 terhempas.

Kenyataan ini disusuli dengan permohonan maaf presiden Iran dan pemimpin agung mereka, Ayatollah Ali Khomeini.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, memberikan maklum balas pada hari Sabtu pagi bahawa Iran perlu memohon maaf dan mahu kerjasama penuh Iran, selain pampasan.

Presiden Iran, Hassan Rouhani, menulis juga pada hari Sabtu, “Republik Islam Iran sangat kecewa dengan kesilapan celaka ini. Ingatan dan doa buat keluarga mereka. Aku ucapkan takziah dengan penuh ikhlas.”

Disebabkan kemalangan ini juga syarikat penerbangan di seluruh dunia mengelak daripada menggunakan laluan udara Iran di saat krisis semakin tegang ini.

Sebelum ini, jeneral tentera Iran, Qassem Suleimani telah dibunuh dalam serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad dan ini telah membangkitkan kemarahan para pemimpin Iran.

Dek kejadian tersebut, Hassan Rouhani telah memuatnaik ciapan berkenaan kapal terbang penumpang milik Iran ditembak tentera Amerika Syarikat pada tahun 1988.

Alasan Amerika ketika itu; kesilapan individu – sama seperti yang dilakukan pada hari ini.

Enam bulan selepas kejadian tersebut, kapal terbang milik syarikat dari Amerika Syarikat pula meletup akibat bom yang diletakkan dalam kapal, mengorbankan 260 mangsa yang tidak bersalah.

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, ketika itu mengaku bahawa pihaknya terbabit dalam mengebom kapal terbang tersebut namun pihak barat percaya bahawa Iran merupakan tonggak utama merancang kemalangan tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia, masih sedar dalam ingatan peristiwa pesawat milik Malaysia Airlines, MH17 ditembak jatuh di perkarangan udara Ukraine pada 17 Julai 2014.

Kejadian ini telah mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Bila orang gila tamakkan kuasa, orang awam menjadi mangsa.

Berita dipetik dari Guardian

BERKAITAN:   Trump Beri Amaran Iraq Bakal Berdepan Sekatan Jika Usir Tentera Amerika
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.