JAHEAIK tahan 19 individu dalam Op Maksiat Tahun Baharu Cina

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

KOTA BHARU, 25 Jan — Seramai 19 individu ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Op Maksiat sempena cuti Tahun Baharu Cina pada Khamis dan semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata ia membabitkan tujuh kes khalwat, berkelakuan tidak sopan (dua kes) dan subahat berkelakuan tidak sopan (satu kes).

Selain tangkapan, JAHEAIK turut memberikan Notis Khidmat Nasihat kepada 17 individu manakala dua lagi diberikan amaran lisan, dalam operasi bermula 6.00 petang Khamis dan berakhir pukul 10 malam tadi oleh Unit Operasi JAHEAIK membabitkan kekuatan angggota seramai 15 orang.

“Kawasan sasaran adalah sekitar kawasan Kota Bharu yang melibatkan Dataran Ketereh, G-Orange Mall, Pasaraya Giant Tunjung, kawasan kedai Bandar Baharu Tunjung, Ban Chu Bee, Lebuhraya Pasir Mas-Salor, kawasan pantai, kawasan tepi Sungai Kelantan dan di hotel sekitar dan luar bandar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi kali ini dilaksanakan berikutan ramai yang pulang bercuti ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina dan ada yang mengambil kesempatan bersiar-siar bersama pasangan kekasih dan melakukan aktiviti yang tidak bermoral.

“Pendekatan yang diambil di dalam operasi ialah cuba menyekat dan mencegah perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang syariah.

— BERNAMA

BERKAITAN:   Guna Gelas Berlogo Carlsberg Hidang Kopi, Kedai Kopi Cina Disaman di Kelantan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.