Jangan Terkejut Jika Thermometer Infrared Tunjuk Suhu Badan Orang Mati

Haji Rahmat

Haji Rahmat

Share on facebook
Share on twitter

Peraturan Perintah Kawalan Pemulihan (PPKP) pada hari ini bermakna rakyat Malaysia harus meneruskan norma kehidupan yang lebih tertib, berbanding sebelum Perintah Kawalan Gerakan (PKP) dimulakan pada pertengahan Mac lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memperkenalkan istilah 3C dan 3W (amalan) yang perlu dielak dan dilakukan.

Norma baharu

ELAKKAN 3C iaitu Crowded places (kawasan sesak), Confined spaces (tempat tertutup) dan Close conversation (sembang secara dekat).

AMALKAN 3W iaitu Wash (cuci), Wear (pakai) dan Warn (amaran).

Untuk mengamalkannya setiap daripada kita hendaklah sentiasa menggunakan telikup muka (wear) ketika berada di tempat awam.

Penjarakan sosial di tempat awam juga sentiasa perlu diperhatikan bagi mengelakkan diri kita berada di kawasan sesak.

Satu lagi norma baharu yang menjadi amalan rakyat Malaysia pada fasa PKP sehingga PKPP ialah pengambilan suhu badan menggunakan infrared thermometer sebelum memasuki mana-mana premis awam.

Sama ada ke kedai, pusat membeli belah atau urusan di kaunter bank dan pejabat kerajaan, akan ada petugas khas bersedia di pintu masuk untuk mengambil suhu badan.

Namun persoalannya adalah adakah suhu badan yang diambil itu tepat?

Suhu orang mati

Seorang doktor pakar dari Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmy Haja Mydin berkongsi akan pengalaman beliau ketika memasuki sebuah restoran di Petaling Jaya.

Menurut Dr. Helmi ketika sedang berbaris untuk suhu diambil oleh pekerja restoran tersebut, beliau sempat melihat buku log yang merekod suhu badan pelanggan yang memasuki premis.

Dan angka terebut membuatkan beliau terkejut. Rata-rata suhu menunjukkan suhu orang mati!

Dr. Helmi mendapati rata-rata bacaan adalah di bawah suhu normal 36 darjah celcius – 33.0, 32.0, 31.5, 33.5 dan yang terendah 29 – yang sangat tidak logik.

Suhu badan manusia normal adalah sekitar 36.0 sehingga 37.5. Malah sekiranya seseorang mengalami hypothermia sekalipun, suhu badan tidak akan turun serendah 29 darjah celcius.

Gunakan thermometer dengan betul

Menurut Dr. Helmi lagi bacaan yang salah pada termometer boleh disebabkan faktor seperti cara penggunaan yang salah alatan tersebut, kualiti dan kegagalan pengguna menentukur alatan sebelum digunakan.

Ia adalah langkah pertama yang penying untuk melakukan menentukur termometer sebelum menggunakannya demi memastikan ketepatan bacaan.

Malah menentukur perlu dilakukan sekiranya termometer terjatuh ke lantai, dan selepas kerap menggunakannya.

Di Malaysia, termometer yang paling popular digunakan sejak fasa PKP bermula adalah termometer infrared. Termometer jenis ini disasarkan ke dahi sebelum butang ditekan untuk mendapatkan bacaan suhu.

“Sebenarnya termometer paling tepat bacaan adalah termometer yang mengunakan merkuri yang ditempatkan di bawah mulut,” tambah Dr. Helmi.

“Namun demikian penggunaan termometer ini lebih leceh untuk digunakan berbanding termometer yang biasa digunakan.”

Penutup

Apakah gunanya mengambil suhu badan jika tidak tepat? Harus diingat. Suhu badan manusia biasa adalah sekitar 36 sehingga 37.5 darjah celcius.

Suhu yang lebih daripada itu adalah suhu orang yang tidak sihat dan wajar mendapatkan rawatan segera di klinik dan hospital.

Bagaimana jika anda memperolehi suhu badan yang lebih rendah seperti orang mati?

.

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.