Juara Badminton Terbuka Malaysia Kento Momota Terlibat Kemalangan, Pemandu Maut di Tempat Kejadian

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Juara badminton terbuka Malaysia, Kento Momota bersama empat lagi terlibat dalam kemalangan maut di KM13.7 Lebuhraya MEX, Serdang pagi tadi. Dia bagaimanapun mengalami cedera ringan.

Pemandu van, Bavan a/l Nageswarau,24 tahun, meninggal dunia di tempat kejadi selepas van yang membawa Momota dan rakan pemain badminton lain melanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan ke KLIA.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, van tersebut telah melanggar sebuah lori 30 tan membawa muatan pasir yang bergerak terlalu perlahan.

Selain Momota, van tersebut turut membawa pegawai teknikal badminton dari Britain, Foster William Thomas, fisioterapi Jepun Hirayama Yu dan juga penolong jurulatih Marimoto Arkifuki.

Takziah diucapkan kepada keluarga Bavan di atas kehilangan.

BERKAITAN:   Ibu dan Bayi Lapan Bulan Maut Dalam Kemalangan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.