Jumlah Kutipan Keseluruhan Filem Malaysia Cecah RM100juta

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Tahun 2019 melabuhkan tirainya dan industri perfileman Malaysia pada tahun ini cukup meriah dengan pelbagai genre cerita telah diterbitkan, dengan kutipan keseluruhan setakat ini sebanyaj RM94.4 juta, dan jumlah ini akan bertambah selepas kutipan filem Ejen Ali dan Pusaka diambil kira.

Menurut laman Finas, secara keseluruhannya sebanyak 41 filem telah dihasilkan sepanjang 2019(tidak termasuk Ejen Ali dan Pusaka), dan kesemua filem tersebut terdiri daripada bahasa Malaysia, Mandarin dan juga Tamil.

Jumlah filem dihasilkan dilihat kurang sedikit berbanding 2018, di mana sebanyak 50 filem ditayangkan pada tahun tersebut dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM 120,334,017.87.

Dominasi Animasi

Pada tahun ini menyaksikan sebanyak tiga filem animasi telah ditayangkan – i) Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal, ii) Boboiboy 2 dan juga iii) Ejen Ali.

Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal mencatat kutipan RM26juta. Gambar : IMDB

Boboiboy 2 mencatatkan pungutan tertinggi dengan jumlah kutipan sebanyak RM 29,572,074.00, mengatasi filem Upin Ipin di tangga kedua – RM 26,195,229.10. Lebih membanggakan, Upin Ipin turut termasuk dalam senarai panjang Filem Animasi Terbaik Anugerah Oscar 2020.

Anugerah Oscar tau! Bukan Meletop!

Filem Ejen Ali, yang hanya mula ditayangkan pada 22 November pula mencatatkan jumlah kutipan sebanyak RM28 juta sepanjang tempoh tiga minggu tayangan, dan masih ditayangkan di seluruh negara. Malah pada 1 Januari nanti, filem berkenaan ejen muda ini bakal ditayangkan di Indonesia pula.

Filem Dengan Kutipan Lebih RM1juta

Seperti yang kita sedia maklum,  sebenarnya agak sukar untuk mengutip RM1juta bagi sesebuah filem Malaysia dan pada tahun 2019, hanya 10 karya (termasuk Ejen Ali dan Pusaka) yang berjaya mencecah angka tersebut, dengan dua daripadanya adalah filem Mandarin.

Filem Sangkar ketika proses pembikinan. Gambar : Salam Today

Dua filem yang ditunjangi pelakon tak pernah tak kacak, Zul Ariffin, Sangkar dan Misteri Dilaila masing-masing mencatatkan kutipan sebanyak RM 9.6juta dan RM9.4juta.

Sebuah lagi karya yang masih ditayangkan, Pusaka yang menampilkan Syafiq Kyle dan Mimi Lana, telah mencatatkan kutipan sebanyak RM13juta selepas empat minggu tayangan.

Filem Mandarin

A Journey of Happiness. Gambar : Sunstrong

Filem Mandarin pada tahun inii berjaya mengutip sebanyak RM7.7 juta secara daripada sembilan filem keseluruhannya, dengan hampir separuh daripadanya disumbang oleh filem A Journey of Happiness (RM3.55 juta), diikuti Amazing Spring (RM3 juta).

Red Storm berada di tangga ketiga kutipan tertinggi filem Mandarin dengan kutipan sebanyak RM351,107.00.

Filem Tamil

Filem Venpa. Gambar : YT

Tidak kurang meriahnya juga dengan penghasilan filem Tamil pada tahun ini di mana sebanyak lapan filem dihasilkan, dengan kutipan keseluruhan sebanyak RM1,125,977.00.

Venpa mendahului carta filem Tamil dengan kutipan sebanyak RM498,676.70, diikuti oleh Kali Muni Tharisanam yang berjaya mengutip sebanyak RM236,805.95.

Filem Pulanaivu pula di tangga ketiga dengan kutipan RM187,892.00.

BERKAITAN:   Ahli Politik Belanda Teruskan Pertandingan Melukis Kartun Mengejek Nabi Muhammad
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.