“Kalau Tak Mampu Beli Makanan, Berhenti Buat Anak.”

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Banyak keluarga yang diselubungi kemiskinan kerana mereka mempuyai ramai anak, lebih daripada kemampuan mereka sendiri, menurut seorang ahli politik di United Kingdom.

Mike Bird, dari parti Tory yang juga merupakan yang dipertua bagi majlis perbandaran Walsall, telah merujuk kepada satu laporan yang mengatakan bahawa 63 peratus daripada kanak-kanak di satu daerah di bawah majlis jagaannya , Palfrey, hidup di bawah paras kemiskinan.

“Ini adalah masalah budaya. Ramai orang yang tinggal di Palfrey mempunyai empat atau lima anak pada satu masa. Dan itu adalah pilihan mereka.

“Manakala di bahagian lain di daerah lain, selalunya mereka hadkan anak sama ada satu atau dua,” kata Bird.

“Pokok pangkal dalam isu ini adalah kau patut buat apa yang kau mampu. Punca kemiskinan selalunya kerana keluarga yang terlalu besar,” tambahnya lagi.

Dia menyuarakan kenyataan ini selepas ahli parti Buruh mahu majlis perbandaran di bawah pimpinan Encik Bird memperkenalkan pusat mengambil makanan, selain menggalakkan supaya pasaraya untuk menderma makanan yang tak terjual kepada badan-badan yang aktif dalam memberi kepada mereka yang memerlukan.

Secara keseluruhan, sebanyak 26 peratus daripada penduduk di bawah jagaan Bird tergolong di kalangan 10 peratus rakyat termiskin di negara tersebut.

Kenyataan daripada Bird tersebut mendapat perhatian ahli politik daripada parti lawannya.

Mike Bird dari parti Tory atau nama sekarangnya Konservatif. Gambar : Daily Mail

Bekas pemimpin parti Buruh, Sean Coughlan, yang mempunyai lima adik-beradik berkata kenyataan daripada Bird adalah melampau.

“Hari dan zaman ini, kita tak patut bergantung kepada pusat makanan untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Encik Burung perlu faham bahawa kemiskinan bukanlah salah individu,” katanya ringkas. Mungkin tiada idea nak komen panjang-panjang.

Manakala ahli parlimen dari parti Buruh, Liam Byrne pula berkata, pandangan daripada Bird adalah tidak sensitif dan dia patut memohon maaf.

“Orang pergi ke pusat makanan sebab miskin gaji, bukan kerana anak yang ramai. Kenyataan ini sangat tidak sensitif dan salah,” ujat Byrne.

Akan tetapi, Bird berkata dia tidak perlu meminta maaf, sambil menambah,”Idea yang bertanggungjawab adalah cuba mengawal saiz keluarga mengikut kemampuan.

“Aku bukan tuju kat sesiapa di daerah ni. Ada sekolah-sekolah di kawasan mewah yang mempunyai banyak tempat kosong, dan ada pula sekolah di kawasan yang terdiri daripada keluarga yang besar, seperti Palfrey, di mana permintaanya tinggi.

“Lebih tinggi permintaan orang ramai, lebih tinggi lah permintaan untuk mendapatkan tempat di pusat makanan.”

Kepada yang tidak faham, pusat makan atau food bank di United Kingdom merupakan kerja amal daripada badan amal yang menyediakan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan.

Sesetengah pusat makanan bergerak secara terus iaitu memberi makanan secara terus kepada orang ramai, manakala ada juga yang bergerak dengan membekal makanan kepada ‘gudang’ makanan seperti kedai makan, restoran atau badan-badan amal yang lain.

Secara puratanya, sebanyak 2000 pusat makanan ada di UK dengan 651 daripadanya daripada badan amal yang dipanggil Trussel Network.

Dalam tempoh lima tahun terkini, jumlah penduduk yang terpaksa menggunakan khidmat pusat makanan semakin meningkat di setiap daerah di negara tersebut.

Berita dipetik dari Daily Mail

BERKAITAN:   "Satu Malam Untuk Merasai Kehidupan Orang Miskin" di Airbnb
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.