Kanak-Kanak Cerebral Palsy Cipta Rekod Malaysia, Sertai Kayuhan Basikal Sejauh 222.2 KM

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Lahir dengan celebral palsy tidak menghalang seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nur Wahidan Wira Sudepja, mencatat rekod keduanya dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kayuhan basikal merentasi sempadan Malaysia-Thailand sejauh 222.2 km!

Nur Wadihan  kelihatan cukup cekal mengikuti kayuhan bersama bapanya, Wira Sudepja Rabu, 45, walaupun cuaca panas dan kering melanda negeri Perlis ketika ini.

Sebelum ini, Nur Wahidan pernah mencatat rekod MBR selepas menyertai Kerian Incredible Dualthon kategori Sprinter sejauh 48 km di Kerian, Perak, juga bersama bapanya pada tahun 2018.

Menurut Wira Sudepja, anaknya itu mengalami demam sebelum kayuhan yang dijadualkan bermula Jumaat lepas dan langkah penjagaan kesihatan dan keselamatan awal diambil antaranya mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi.

“Saya amat berbangga dengan kecekalan anak istimewa ini yang ceria dan bersahaja sepanjang kayuhan bermula dari Wang Kelian ke Satun, Thailand, kemudiannya ke Pat Bara (Thailand) dan berpatah balik mengikut laluan sama sehingga ke Padang Besar,” katanya kepada media ketika ditemui selepas menamatkan kayuhan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan  pada hari Isnin, 27 Januari 2020.

Program itu merupakan anjuran Yayasan Generasi Malaysia dan pihak Kuantan Port bagi mengetengahkan golongan OKU kepada umum.

Wira Sudepja berkayuh sejauh 222.2 km membawa anak istimewa yang diletakkan di dalam sebuah kereta sorong khas dan ditarik dengan basikalnya sejak pukul 5.00 pagi pada Jumaat lepas dan mengambil masa selama empat hari melalui pekan utama di wilayah Satun, Thailand sebelum berakhir di garisan penamat.

Beliau berkata, perkara itu dilakukannya bukan semata-mata mahu mengejar ranking MBR, namun mahu masyarakat luar khususnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya agar memberi anak mereka pengalaman merasai aktiviti sama seperti kanak-kanak normal lain.

“Kita juga mahu meraikan kehidupan mereka sama seperti anak-anak lain iaitu boleh berbasikal dan berlari, katanya yang juga pengasas Kelab Bikeisable di Kuala Lumpur.

Berita: Bernama

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.