Kapal Yang Hilang di Segitiga Bermuda 100 Tahun Lalu Ditemui

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Segitiga Bermuda adalah salah satu misteri dunia yang setaraf dengan raksasa Loch Ness dan jantina Sajat, di mana kawasan ini dikatakan telah menelan banyak kapal. termasuklah SS Cotopaxi, yang hilang pada tahun 1925.

Menurut rekod, sebanyak 75 kapal terbang dan beratus kapal laut telah hilang di kawasan seluas 500,000 km persegi ini dan sampai hari ini kehilangan-kehilangan tersebut kekal misteri.

Beberapa tahun kebelakangan ini ada saintis mendakwa telah menemui punca misteri Segitiga Bermuda ini. Tapi tu lah, kalau tahu punca misteri ni, nanti hidup dah tak misteri dah. Tak seronok.

Sejarah

Kapal berkuasa stim ini belayar meninggalkan Charleston, California Selatan pada 29 November 1925 bersama-sama 32 anak kapal menuju ke Havana, Cuba, mebawa arang batu.

Akan tetapi malang tidak berbau, Kapal ini tidak pernah sampai ke Cuba dan hilang tanpa dapat dikesan. Gerakan mencari menggunakan kapal terbang dan bot dimulakan, namun hampa.

Tiada apa yang ditemui.

Kapal Ditemukan

Walaubagaimanapun, kapal ini kini ditemukan oleh para penjelajah bawah air di mana bangkai kapal Cotopaxi ini berada hanya 65 km dari pantai St. Augustine.

Ketua penjelajah, Michael Barnette, yang juga merupakan pakar bilogi marin telah memeriksa rekod insuran daripada syarikat di London.

Dari situ, dia mendapati bahawa Cotopxi sebenarnya telah menghantar signal kecemasan selepas dua hari ia belayar dari Charleston.

Bersama-sama seorang lagi penjelajah, Al Perkins, sambil disertai otai dari Muzium Rumah Api dan Maritim St. Augustine, mereka akhirnya menemukan bangkai kapal yang dinamakan Bear Wreck, yang sebenarnya adalah Cotopaxi.

Bercakap kepada Newsweek, Barnette berkat;”Cotopaxi digunakan dalam urusan jual beli arang batu dan ini adalah salah satu perjalanan biasa pada hujung November 1925.

“Kita tahu bahawa kapal tersebut mengalami sesuatu kerana mesej mayday, membuktikan bahawa ia sedang berada dalam kecemasan.

“Tapi tu lah, orang tak jumpa bangkai apa pun. Mereka tak pernah jumpa bot keselamatan, jasad atau apa pun.

“Jadi kami cuba cari sebab apa sebenarnya yang berlaku.”

Setakat ini itu sahaja info yang dapat digali, kerana maklumat penuh mengenai Cotopaxi ini akan disiarkan dalam rancangan Shipwreck Secrets di Discovery Channel, bermula 9 Februri nanti.

 

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.