Karya Seni Berusia 44,000 Tahun di Indonesia

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Sebuah karya lukisan di dinding gua menggambarkan proses perburuan seekor babi dan kerbau telah ditemui di Sulawesi, Indonesia dan para pakar arkeologi mengatakan bahawa lukisan tersebut merupakan karya seni tertua di dunia – lebih 44,000 tahun, menurut laporan nature.com.

Lukisan sepanjang 4.5 meter itu berwarna coklat-kemerahan menggambarkan entiti seperti manusia, tetapi mempunyai ekor dan paruh, sedang memburu haiwan berspesis tempatan. Gambaran manusia separa haiwan tersebut didakwa orang tempatan sebagai kebolehan manusia kuno di Sulawesi untuk berubah rupa dan wajah seperti Wuron dalam Dragon Ball Z.

Karya lukisan yang ditemui di dinding gua di Sulawesi.

Sebelum ini seni batu yang ditemui di Eropah dianggarkan berusia sekitar 14,000 ke 21,000 tahun diangkat sebagai karya penceritaan tertua di dunia. Namun para saintis yang menemukan lukisan di dinding gua Indonesia ini mengesahkan bahawa ia dilukis terlebih dahulu berbanding di eropah.

“Saya tak pernah jumpa lukisan macam ni. Maksud saya, kami dah tengok beratus-ratus lukisan di dinding baru di  rantau ini, tetapi kami tak pernah jumpa situasi perburuan, kata Adam Brumm, seorang pakar arkeologi dari Universiti Griffith di Brisbane, Australia.

Pada masa yang sama para pengkaji lain turut mengatakan bahawa penemuan ini cukup penting kerana lukisan haiwan merupakan kisah penceritaan yang paling tua dalam rekod.  Akan tetapi sesetengah pengkaji pula tidak begitu yakin dengan dakwaan ini kerana bagi mereka lukisan itu sekadar melambangkan satu ‘babak’ atau cerita.

Bagi mereka mungkin terdapat lagi lukisan sebelum ‘babak’ tersebut dan telah dilukis pada masa yang cukup lampau.

“Sama ada ia adalah satu ‘babak’, itu boleh dipersoalkan,” ujar Paul Pettitt, seorang pakar arkeolog dari Universiti Durham, United Kingdom.

Dengan penemuan ini, adakah ini bermaksud tamadun dunia semuanya berasal dari Indonesia?

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.