Kenali 13 Angkasawan NASA Yang Bakal Menjejakkan Kaki ke Planet Marikh Menjelang 10 Tahun Lagi

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Pada tahun 2017, Agensi Angkasa Kebangsaan (NASA) telah memulakan program mencari angkasawan untuk tujuan menjejakkan kaki ke planet Marikh dan membina ketamadunan di sana.

Seramai 18,000 orang telah memohon untuk menyertai program yang diberi nama Projek Artemis ini dan akhirnya selepas melalui program latihan yang disusun badan tersebut, 13 angkasawan berjaya lulus dan terima lencana perak dalam satu majlis graduasi angkasawan NASA yang pertama kali diadakan secara terbuka kepada orang awam.

Anggota asal projek Utarid pada tahun 1959. Gambar: Daily Mail

Lencana perak, yang membawa maksud projek Utarid 7 – kumpulan angkasawan pertama NASA yang dipilih pada tahun 1959. Ia juga bermaksud mereka lulus ujian di bumi dan mereka hanya akan mendapat lencana emas selepas berjaya menamatkan penerbangan di ruang angkasa buat kali pertama.

Daripada 13 angkasawan tersebut, 11 merupakan warga Amerika manakala bakinya adalah warga Kanada. Jangan tanya kenapa tiada warganegara lain. NASA kan ejen illuminati, jadi mereka hanya akan menggunakan warga mereka sahaja lah.

Projek Artemis

Secara ringkasnya, projek Artemis adalah projek mega daripada NASA dengan matlamat utama membawa ketamadunan manusia ke planet Marikh seawal tahun 2030 nanti.

Selain itu, projek ini juga mencadangkan wanita pertama akan dibawa menjejakkan kaki ke bulan menjelang tahun 2024.

Kenapa pergi ke bulan? Jawapannya adalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar bumi sekaligus menyediakan mereka untuk hidup di planet kembar bumi nanti.

Antara intisari program latihan mereka selama dua tahun di NASA adalah berlatih ‘berjalan di angkasa’, robotik, sistem International Space Station(ISS), kemampuan mengendalika jet T-38 dan juga mempelajari bahasa Russia.

Kepada yang belum tahu, ISS adalah milik Russia dan segala manual untuk maintenance selalunya diterbitkan dalam bahasa negara bekas Soviet tersebut.

Kenali 13 Angkasawan Yang Bakal Mencipta Sejarah

Inilah wajah-wajah mereka yang bakal menjejakkan kaki ke planet Marikh kalau tiada aral melintang. Gambar: Daily Mail

Kayla Barron

Seorang Leftenan di Angkatan Laut Amerika Syarikat, berasal dari Richland, Washington. Dia juga merupakan pegawai perang kapal selam dan pernah bertugas di USS Maine (SSBN 741), melengkapkan tiga rondaan penghalang strategik.

Zena Cardman

Dia menamatkan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang biologi dan sains marin pada peringkat sarjana di Universiti Carolina Utara.

Kepakaran Cardman bukanlah bermain kad, tetapi dia pernah terlibat dalam ekspedisi ke Antartika beberapa kali, bekerja di atas kapal kajian sebagai saintis dan anak kapal.

Raja Chari

Pak Raja merupakan seorang kolonel dalam Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat dan berasal dari Cedar Falls, Iowa.

Raja pernah berkhidmat sebagai komander bagi Skuadron Penerbangan Ujian 461, dan juga merupakan pengarah Pasukan Ujian Integrasi F-35 di California.

Matthew Dominick

Matthew adalah seorang leftenan komander bersama angkatan laut dan dilahirkan dan membesar di Colorado.

Sebelum dipilih menjadi angkasawan, Matthew juga pernah berkhidmat sebagai juruterbang ujian Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, selain juruterbang kajian NASA di Johnson.

Warren Hoburg

Encik Hoburg mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang aeronautik dan astronautik dari MIT. Ya, dua-dua aero dan astro dia sebat.

Dia juga merupakan pemegang ijazah doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer di Univerisit California.

Hebat sangat Encik Hoburg ni. Kalah mentor bisnes yang dapat PhD secara online.

Hoburg merupakan seorang juruterbang komersial dan pernah berkhidmat di unit menyelamat Bay Area Mountain dan Yosemite.

Dr. Jonny Kim

Dia pernah berkhidmat bersama angkatan laut Amerika kemudian berlatih untuk menyertai pasukan khas, SEAL, dan menamatkan lebih 100 operasi pertempuran, sekaligus dianugerahkan Bintang Perak dan Bintang Gangsa bersama Combat V.

Selepas itu, dia menyambung pelajaran dalam bidang matematik sebelum berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan Harvard.

Otak Dr. Jonny ni mesti macam mesin fotostat. Sekali baca terus masuk ke kedutan otak tu. Tak pun dia ni alien.

Jasmin Moghbell

Jasmin merupakan seorang mejar dalam angkatan laut negara Uncle Sam, dan mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan angkasa bersama IT di MIT. Kemudian dia menamatkan sarjana dalam bidang yang sama di Pusat Pasca-Graduan Angkatan Laut.

Jasmin juga merupakan pelajar cemerlang Sekolah Juruterbang Angkatan Laut Amerika dan pernah berkhidmat sebagai penjaga kualiti dan pegawai penerbangan Marine Operational Test and Evaluation Squadron. (Ini aku tak tahu nak terjemah macam mana. Kau baca je lah.)

Loral O’Hara

Loral adalah seorang jurutera kajian di Institut Oceanografi Woods Hole, Massachusetts. Khidmatnya pernah digunakan dalam bidang kejuruteraan, ujian, dan operasi laut dalam serta robot.

Kalau tengok profil, dia ni yang paling biasa-biasa. Entah-entah dia guna kabel tak? Hmmmmm.

Dr. Francisco Rubio

Berkhidmat sebagai leftenan kolonel tentera darat Amerika, dan mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang hubungan antarabangsa di Akademi Tentera Amerika, New York.

Selepas itu, dia menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Badan Beruniform di Maryland.

Rubio juga pernah berkhidmat sebagai doktor bedah untuk Batalion 3 Kumpulan Pasukan Khas ke-10 di Colorado sebelum menyertai NASA.

Jessica Watkins

Dia menamatkan pengajian dari Universiti Stanford, California dalam bidang geologi dan sains alam sekitar untuk peringkat sarjana muda, sebelum berjaya mendapat PhD dalam bidang geologi dari Universiti California.

Sebelum ini Watkins pernah berkhidmat di NASA di bahagian Pusat Kajian Ames di  Lembah Silikon, dan Makmal Pendorong Jet di Pasadena.

Dia juga merupakan fellow pasca-graduan di Institut Teknologi California, di mana dia bekerjasama dengan NASA untuk jentera Curiosity yang ini sedang menjelajahi Marikh.

Joshua Kutryk

Kutryk adalah seorang leftenan kolonel dari pasukan angkatan tentera udara Kanada dan berasal dari Alberta.

Dia memiliki segulung ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal, dan juga sarjana dalam bidang kajian angkasa, kejuruteraan penerbangan ujian serta pengajian pertahanan.

Sebelum menyertai CSA – Agensi Angkasa Kanada, Kutryk bekerja sebagai juruterbang ujian dan tempur di Alberta, di mana dia telah mengetuai ujian penerbangan berjadual untuk jet tempur di Kanada.

Jennifer Sidey-Gibbons

Seorang lagi warga Kanada dalam senarai ini dan berasal dari Calgary, Alberta. Dia memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti McGill dalam bidang kejuruteraan mekanikal, dan juga PhD dalam kejuruteraan dari Universiti Cambridge.

Ketika di McGill, dia telah menjalankan kajian mengenai pembakaran dalam mikrograviti, dalam kerjasama antara CSA dan Makmal Kajian Penerbangan Majlis Kajian Kebangsaan.

Rujukan: Daily Mail

BERKAITAN:   Kenali Qassem Soleimani, Jeneral Iran Yang Dibunuh Amerika Syarikat
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.