Kenali Coronavirus dan Simptom Penyakit Bawaannya

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

China sekali lagi menjadi tumpuan dunia dek sebab yang salah – coronavirus, selepas beberapa minggu lalu negara tersebut mengalami epidemik Influenza A.

Sebanyak 25 kematian telah direkodkan di Wuhan, China setakat ini dengan 830 kes jangkitan telah direkodkan. Kerajaan China juga telah menutup laluan masuk dan keluar dari wilayah Wuhan bagi mengelakkan penyakit tersebut tersebar dengan lebih luas.

Setakat ini tiada kes coronavirus direkodkan di Malaysia, namun dengan kedatangan bertali arus rakyat China ke negara ini, kita perlu berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada akan simptom penyakit bawaan virus maut ini.

Jadi mari kita berkenalan dengan virus berbahaya ini dan kenali apa akan terjadi sekiranya seseorang dijangkiti virus ini.

Apa Itu Coronavirus?

Menurut Badan Kesihatan Dunia (WHO), coronavirus tergolong dalam kumpulan virus yan menyebabkan penyakit sebiasa selsema, sehingga yang lebih teruk seperti sindrom pernafasan Timur Tengah(MERS) dan juga Sindrom pernafasan teruk (SARS).

Kesan paling teruk yang akan dihidapi oleh mereka yang terkena jangkitan ini adalah masalah pernafasan yang teruk sehingga membawa maut.

Virus ini boleh berjangkit daripada binatang kepada manusia. MERS direkodkan berjangkit daripada unta kepada manusia, manakala SARS pula berjangkit daripada kucing.

Mana Datangnya Coronavirus Ni?

Jangkitan dilaporkan bermula dari pasar makanan eksotik di Wuhan, dan lebih tepat lagi berpunca daripada sup kelawar dan sup ular tedung.

Rakyat China memang dikenali sebagai penggemar makanan eksotik sehingga tahap makan haiwan yang masih hidup! Apabila makan makanan yang tidak dimasak, maka virus yang ada dalam haiwan tersebut pun tidak akan mati. Senang kan teori ini?

Simptom Jangkitan Coronavirus

Menurut WHO lagi, tanda-tanda awal jangkita virus maut ini adalah seperti:

1- Masalah pernafasan
2- Demam
3- Batuk
4- Sesak nafas
5- Sukar untuk bernafas

Malah lebih teruk lagi, virus ini akan menyebabkan:

1- Paru-paru berair(penumonia)
2- Masalah pernafasan yang teruk
3- Kegagalan buah pinggang
4- Maut

Laporan juga mengatakan bahawa tempoh matang virus ini dalam badan sekitar 10-14 hari. (AlJazeera)

Lokasi Kes Yang Telah Dilaporkan?

Kebanyakannya di China atau lebih spesifiknya wilayah Wuhan – 830 jangkita dan 25 kematian. Manakala di luar China:

Thailand – 4 kes
Korea Selatan – 1
Taiwan – 1
Jepun – 1
Amerika Syarikat – 1
Singapura – 1

Bagaimana Untuk Hentikan Penyebaran Virus?

Setakat ini masih belum ada vaksin untuk virus ini. Kerajaan China pula telah menutup Wuhan kepada orang luar, dan melarang penduduk Wuhan keluar.

Negara-negara lain termasuk Malaysia pula kini giat menapis dan memeriksa mana-mana pelancong yang datang dari China atau pernah ke China dalam tempoh terdekat.

BERKAITAN:   Coronavirus Sudah Sampai Malaysia!
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.