Kenali Pensyarah Wanita Dari Universiti Harvard Yang Membantu Masa Depan Bintang Bola Sepak

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seorang pensyarah dari Fakulti Perniagaan Harvard (Harvard Business School – HBS), Anita Elberse, telah berkongsi bagaimana dunia bola sepak telah menerima ajarannya, lantas menjadikan dia mentor kepada beberapa bintang terkemuka dunia – Gerrard Pique, Kaka dan Dani Alves.

Elberse, antara wanita yang termuda dinaikkan pangkat sebagai professor penuh dalam sejarah HBS, mula melebarkan sayapnya dalam sukan dari industri meda dan hiburan selepas memberikan tugasan kepada pelajarnya berkenaan pemain tenis jelita, Maria Sharapova.

Tugasan ini juga menjurus kepada kajian sama ada berbaloi atau tidak untuk sesuatu jenama yang menjadikan atlet sebagai duta produk.

Elberse Bertemu Ferguson

“Dulu pernah kami kaji LeBron James dan sejak itu hidup dah tak sama,” kata Elberse, wanita Amerika berketurunan Belanda, dan suka makan Nasi Lemak Royale Kedah.

“Kemudian, tiba-tiba Alex Ferguson hubungi saya, dan tiba-tiba, saya ada projek dengan dia,” katanya lagi.

Ia berlaku pada musim panas tahun 2012 dan, menurut Elberse, pengurus Manchester United tersebut dan orang kanannya sedang mencari apa cabaran berikutnya selepas kariernya sebagai jurulatih berakhir dan kemungkinan dia memberi ceramah tentang apa yang telah dia hadap selama memegang jawatan tersebut.

Elberse bertemu Ferguson ketika sarapan pagi di Boston.

“Selepas tu baru saya sedar yang itu sebenarnya adalah audition. Dia nak tengok sama ada saya boleh tolong dia untuk sampaikan cerita dia tentang kepimpinan yang dia bawa dalam bola sepak,” ujar wanita hebat ini lagi.

Ferguson bersara pada penghujung musim 2012-13, maka ketika itu sebenarnya Elberse adalah antara orang yang terawal mendapat info tersebut. Nasib baik dia tidak forward info eksklusif tersebut ke group WhatsApp dengan mengatakan ia ‘info dari group sebelah.’

“Bila fikir balik, naif sangat saya ni sampai tak sedar yang – ‘oh ini mungkin tahun terakhir dia'”, katanya sambil tersenyum mesra, menampakkan susunan gigi yang kemas dan bersih tanda orang tidak merokok atau vape.

“Saya memang tak tahu benda tu bakal berlaku. Saya dapat ikut dia sepanjang tahun tu. Saya melawat padang latihan United di Carrington, kemudian saya berkunjung ke rumahnya dan bertemu keluarga dia, saya tengok dia di stadium. Malah saya dapat tengok dia di ruang yang ekslusif di mana dia bertemu mata dengan pengurus pasukan lawan selepas perlawanan,” tambahnya panjang lebar.

Elberse memulakan kertas kerja mengenai Ferguson yang membincangkan tentang apa yang diperlukan untuk mengendalikan Manchester United, dan mereka berdua turut menerbitkan artikel bersama untuk HBS, diterbitkan pda Oktober 2013.

Tajuknya; Formula Ferguson, dan ia membincangkan lapan pengajaran kepimpinan yang membina cara dia kendalikan kelab tersebut. Komen Elberse ketika itu,”Banyak juga daripada pengarajan tersebut yang boleh diapplikasikan secara lebih meluas – dalam perniagaan dan juga kehidupan.”

Kursus Baharu Dicipta

Pada waktu itu juga karier Elberse turut berubah di mana dia membangunkan kursus baru untuk pelajar HBS – Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) untuk hiburan, media dan sukan. Cara dia mengendalikan kelas juga berjaya menarik minat ramai dan dia menerima banyak permintaan daripada individu dari pelbagai industri untuk menyertai kelasnya.

Akhirnya, dia membuat keputusan – melancarkan pembelajaran versi eksekutif untuk kursus tersebut.

Edisi pertama untuk kelas selama empat hari yang dinamakan Perniagaan Hiburan, Media dan Sukan (Business of Entertainment, Media and Sport) telah berlangsung pada Jun 2013 dan Ferguson merupakan salah seorang daripada ahli panel jemputan. Bagi Elberse, detik tersebut merupakan satu detik yang sangat istimewa bagi dirinya.

Sejak itu juga Ferguson sering berkunjung ke Harvard beberapa kali untuk melihat Elberse mengajar tentang kajian mengenainya, selain menjawab soalan daripada para pelajar.

Dulu, pemain bola sepak yang bersara selalunya akan membuka kelab malam atau kedai sukan, tetapi sekarang menurut Elberse, segalanya berubah.

Pemain yang terkenal selalunya mempunyai jenama sendiri, malah ada juga di kalangan mereka mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan ketika mereka masih aktif bermain.

Kursus eksekutif anjuran Elberse lebih fokus kepada membantu para pelajar untuk mengkaji trend yang ada dalam dunia perfileman, televisyen, muzik dan sukan. Dia juga turut menunjukkan cara pemasaran dan pengurusan produk dan bakat yang kreatif – dan bagaimana untuk membina perniagaan melalui bahan(content).

Setiap tahun, kelas ini terbuka kepada 80 pelajar di mana mereka perlu membayar USD10,000 (RM42,000) – dengan jawatankuasa pendaftar selalunya akan cuba mengimbangi kelas dari kalangan atlet, pelakon, ahli muzim, ejen dan juga eksekutif kanan.

Mereka tinggal di kampus Harvard, sebagai pelajar, dan ini boleh dikatakan sebagai satu penyamarataan yang baik di mana Elberse menamakannya ‘satu komuniti yang besar’. Di dalam kelas, memandangkan para pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, suasana ini sangatlah membantu dalam networking.

Pemain Bola Sepak Terlibat Sama

Pique – pemain Barcelona pernah menyertai kursus tersebut kemudian diikuti oleh Kaka, Dani Alves, Mario Melchiot, Nuri Sahin, Edwin van der Sar, Tim Cahill dan juga Oliver Kahn yang bengis.

Bintang sukan Amerika juga turut serta, seperti Dwayne Wade, Chris Paul, Pau Gasol dan Chris Bosh (semua dari NBA), serta Michael Strahan dan Brandon Mashall dari NFL.

Para artis yang pernah turut sama adalah Channing Tatum, LL Cool J dan penyanyi Ciara.

Elberse bersama Kaka dan Dani Alves. Gambar : Guardian

“Kalau awak tengok Gerard Pique – dia masih aktif bersama Barcelona tetapi dia mempunyai syarikat pelaburan yang dipanggil Kosmos dan perniagaannya juga stabil,” ujar Elberse.

“Dia juga mempunyai pegangan dalam Player’s Tribune, syarikat permainan video yang juga sebahagian daripada Kosmos, malah dia juga turut membeli Piala Davis (tenis) pada harga USD3 billion.

“Agak mudah untuk lihat apa yang pemain bola sepak mahukan daripada kursus tersebut. Mereka datang untuk belajar tentang dunia hiburan dan secara umumnya, untuk mencari corak dalam industri tersebut yang mampu memberikan pulangan.”

“Saya rasa di luar sana orang akan tengok diorang ni dan fikir ‘engkau tu pemain bola, dan bola je lah yang kau tahu, dan kemungkinan besar ini sahaja yang kau akan buat.’

“Sebenarnya, tidak. Apa yang saya perasan  adalah mereka mampu lakukan lebih daripada apa yang kita nampak di padang. Memang ada kaitannya bola dengan perniagaan – beraksi ketika tekanan tinggi, bekerja dalam satu pasukan dan ini semua ada juga dalam perniagaan.

“Mereka semua pernah bekerja di bawah pemimpin yang hebat, dan mungkin pemimpin yang lembik juga.

“Salah satu benda yang kita buat adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka sebenarnya tahu banyak benda dalam urusan perniagaan tanpa mereka sedar. Mungkin mereka tak tahu sesetengah jargon atau bagaimana untuk uruskan kewangan, atau apa maknanya sisi operasi dalam perniagaan tetapi ada banyak benda yang mereka tahu dan cukup mahir.”

Kaka dan Alves, bekas rakan sepasukan bersama Brazil, mengambil jurusan tersebut bersama-sama, dan Elberse masih ingat bagaimana Alves yang kini bermain untuk Sao Paolo, tiba di universiti tersebut dengan berpakaian Harvard lengkap.

“Dia pakai tali leher Harvard, jaket Harvard, seluar Harvard – kira cukup Harvard lah dan ia juga agak melucukan,” kata Elberse.

“Setakat ini dia adalah pelajar yang paling lembap yang pernah saya terima dalam program ini, Dia memang gila dan dia bangga dengan kegilaannya. Tapi dia juga penting dalam kumpulan ini.

“Dia mempunyai berjuta pengikut di media sosial dan dia boleh buat apa sahaja yang dia nak buat. Begitu juga Kaka, seorang ahli perniagaan yang cukup bijak. Saya dah boleh bayangkan dia jadi presiden untuk sebuah kelab bola sepak.

Van der Sar, bekas penjaga gol Manchester United, telah dilantik sebagai ketua pegawai operasi Ajax pada tahun 2016, selepas bersara pada tahun 2011. Tempoh ini boleh dikatakan agak singkat bagi mereka yang menukar karier daripada bola sepak kepada seorang ahli perniagaan.

“Dia merupakan CEO Ajax ketika dia datang ke sini,” Elberse mengimbas kembali. “Menari sangat bila dapat tahu apa yang dia belajar daripada kariernya sebagai pemain dan sekarang dia cuba untuk mengapplikasikan pula ke bidang lain.”

Selalunya, kajian daripada Elberse akan mempunyai cerita dan akan mengundang soalan dan perbahasan.  “Dwayne Johnson ialah seorang bintang filem terkenal – kenapa dia perlu ambil kisah dengan saluran digital?” kata Elberse. “Apa yang LeBron cuba bina di Hollywood? Apa yang Disney cuba buat dengan pelaburan mereka dalam filem-filem?”

Terpana kan dengan soalan-soalan tu?

Perkongsian Peribadi Pelajar

Selalunya, pada hari terakhir kursus satu tradisi seakan terbina di mana mereka yang agak terkenal dari kalangan pelajar dalam kelasnya akan menjawab soalan-soalan daripada pelajar lain. Yang penting, jawapan yang diberikan selalunya jawapan yang cukup ikhlas.

“Kaka bercerita bilamana dia berpindah dari Milan ke Real Madrid dan dia rasakan itu adalah kegagalan yang paling besar,” tambah Elberse lagi. “Sebelum itu dia merupakan pemain terbaik dunia, yuran perpindahan pula jadi rekod dunia tapi semuanya serba tak menjadi – dia bercerita apa akibat daripadanya dan bagaimana dia pulih semula. Memang power!”

“Sama juga dengan Oliver Kahn. Dia berkongsi cerita dia pernah memenangi anugerah Pemain Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Piala Dunia 2002, tapi pada edisi Piala Dunia 2006 di tanah air sendiri dia digugurkan. Dia kongsi la macam mana dia bagi sokongan kepada Jens Lehmann, dan apa yang dia lakukan untuk bangkit semula.

Rujuan artikel : Guardian

BERKAITAN:   Wanita Ini Ketagih Makan Bedak dan Boleh Habiskan Sebotol Sehari
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.