Kenapa Lelaki Senang Botak?

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Botak – satu perkataan yang cukup ditakuti oleh para lelaki. Secara umumnya, semua manusia mengalami keguguran rambut sehingga 100 helai sehari, namun kadar keguguran tersebut diseimbangkan dengan pertumbuhan semula dan kitaran ini sentiasa berlaku dalam kehidupan seorang insan tidak kira lelaki atau wanita.

Tetapi, sampai satu tahap kaum lelaki akan mengalami situasi di mana kadar pertumbuhan semula rambut tidak dapat menampung kadar kehilangan, sekaligus menjadikan mereka botak!

Dalam lingkungan kehidupan, kira-kira 85% lelaki akan mengalami situasi botak ini, dan beberapa faktor penyumbang telah dikenal pasti oleh pakar.

Punca Utama dan Paling Tinggi

Hampir 95% daripada lelaki yang mengalami masalah rambut yang semakin jarang kerana faktor genetik  – diturunkan daripada salah seorang atau kedua-dua ibu atau bapa.

Para saintis telah mengkaji bahawa hormon yang menjadikan liang rambut menjadi sangat sensitif adalah DHT – atau nama panjangnya dihydrotestosterone.

Image result for dht hormone
Hormon jahat yang menyebabkan ramai lelaki botak. Gambar : Pinterest

Kandungan hormon ini yang tinggi menyebabkan liang rambut menjadi semakin kecil sekaligus menyebabkan rambut yang tumbuh semula menjadi lebih halus, kecil dan pendek. Lama-kelamaan, masa diambil untuk rambut tumbuh kembali menjadi semakin lama. Akhirnya, liang tertutup selamanya dan tiada lagi rambut yang mampu keluar.

Biasanya, apabila fasa ini berlaku, para lelaki kebiasaannya akan mengubah gaya penampilan mereka. Ada di antara mereka yang akan mencukur licin kepalanya secara kerap manakala, dan ada pula yang menyimpan panjang rambut di bahagian belakang dan mengenakan topi untuk nampak bergaya, sambil menyanyikan lagu Suaramu Syairku dengan gaya Harry Khalifah.

Lain-Lain Punca Kehilangan Rambut

Selain genetik, beberapa faktor lain turut memainkan peranan dalam menyebabkan lelaki menjadi botak. Antaranya adalah :

i) Penyakit seperti anemia(kekurangan darah) atau masalah tiroid.

ii) Kesan radiasi atau rawatan kemoterapi.

iii) Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat yang mencairkan darah, dos vitamin A yang tinggi, selain steroid anabolik yang membantu lelaki membina otot badan.

iv) Jangkitan di kulit kepala

v) Masalah gizi tidak seimbang – contohnya seperti kurang mengambil zat besi atau terlebih vitamin A.

vi) Tekanan jiwa

vii) Menggayakan rambut seperti ponytail untuk tempoh yang lama.

Botak dalam jangka masa yang lama
Gaya rambut seperti ini membuka ruang yang besar kepada kebotakan dalam jangka masa panjang. Gambar : Pinterest.

Jika kehilangan rambut berlaku akibat daripada faktor-faktor di atas, biasanya rambut akan tumbuh semula seperti biasa selepas segala faktor tersebut dinyahkan dari hidup.

Apakah Risiko Kesihatan Yang Berkaitan Kehilangan Rambut?

Kehilangan rambut secara faktor genetik biasanya tidaklah bermaksud apa-apa masalah kesihatan yang serius, tetapi mempunyai sedikit kaitan dengan keadaan lain seperti sakit jantung, kanser prostat, kencing manis, obesiti dan darah tinggi.

Jika ada di antara kita yang mula mengalami simptom keguguran rambut, rekodkan corak dan jumlah kehilangan. Jangan takut untuk meminta pendapat doktor untuk memastikan diri bebas daripada sebarang penyakit kronik.

Sumber rujukan artikel : webMD

BERKAITAN:   Michel Jackson Masih Hidup?
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.