Kenapa Orang ‘Cramp’ Ketika Bersukan?

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Bersukan adalah salah satu cara untuk menyihatkan badan dan memandangkan kita baru masuk bulan kedua tahun 2020, pasti ramai yang masih mengikut jadual azam tahun baru – kurus dengan bersukan.

Akan tetapi, ketika kita bersukan pasti kita pernah cramp atau dalam bahasa Malaysia – kejang otot, atau simpul biawak.

Cuba kau simpul biawak ni kalau berani. Gambar: Illuminasi.

Kejang otot ni sakit sebenarnya. Bayangkan ketika kita sedang berlari, tiba-tiba betis kita mengeras. Pergelangan kaki kita keras. Sakit bukan?

Pernahkah kita terfikir kenapa kita boleh kejang otot? Kalau tak pernah mesti engkorang kaki stalk IG orang.

Sebelum kita tahu kenapa kita kejang otot, kita berkenalan dulu dengan jenis-jenis simpul biawak ini.

Jenis-Jenis Kekejangan Otot

Terdapat tiga jenis kekejangan otot, iaitu;

1- Kekejangan otot selepas bersenam/bersukan.

Ini terjadi apabila berkau kontraksi luar kawal berlaku pada otot ketika kita melakukan aktiviti. Selalunya ia berpunca daripada aktiviti yang melebihi tahap kemampuan.

Contohnya kita mampu berlari sejauh 1km sahaja tanpa henti, tapi kerana pada satu hari tu ada gadis cantik jogging bersama, kita tunjuk yang kita ni fit, lantas berlari sejauh 2.5km tanpa henti.

Ini menyebabkan kehausan otot atau dalam bahasa mat saleh – overexhaustion.

2- Kekejangan otot akibat keletihan

Biasanya kekejangan otot jenis ini akan berlaku kepada atlet yang kehilangan elektrolit atau dalam bahasa mudahnya air dalam badan selepas banyak berpeluh.

Selain atlet, pekerja di kilang-kilang yang berjalan tanpa henti juga sering mengalami kekejangan otot jenis ini.

3- Kekejangan otot akibat cuaca panas

Sifir dia mudah sekali. Apabila kita berada di bawah panas mentari, maka kita akan berpeluh dan bila kita berpeluh, maka garam dan air dalam badan akan keluar dari badan kita.

Selalunya mereka yang bekerja di bawah panas terik matahari demi mencari rezeki untuk menghalalkan si dia sering mengalami kekejangan otot jenis ini.

Kekejangan otot akibat cuaca panas ini biasanya akan bermula di bahagian kaki dan boleh melibatkan bahagian lain.

Apa Punca Kejang Otot Ni?

Sebenarnya ada banyak faktor kenapa seseorang itu boleh cramp. Antaranya adalah;

Umur – lebih tua seseorang itu, lebih cenderunglah dia untuk mengalami kekejangan otot. Ini kerana otot di badan mereka yang berusia mula kendur dan mengecil. Jadi, anggota badan akan menjadi mudah letih semasa melakukan aktiviti fizikal.

Teknik regangan otot yang salah – Regangan otot atau warm up dilakukan sambil lewa dan berborak sebelum memulakan senaman atau sukan boleh menyebabkan otot menjadi kejang.

Intensiti dan tempoh senaman yang berlebihan -Senaman berintensiti tinggi yang dilakukan secara berlebihan menjadi punca berlakunya kekejangan otot.

Dehidrasi – Apabila kurang minum air, dan berpeluh secara berlihan, maka risiko untuk kejang tu tinggi.

Obesiti – Otot yang menampung berat badan yang berlebihan sering kejang terutamanya pada bahagian kaki. Dayatahan otot individu obese selalunya kurang .

Atlet – Atlit acara jarak jauh mudah mengalami kekejangan terutamanya bila cuaca panas. Kecederaan yang di alami semasa menjalani latihan di awal musim boleh juga menjadi punca.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Kalau Cramp?

Kalau kejang otot ketika senaman atau bersukan, jangan berlagak hebat. Itu maksudnya badan dah tak mampu nak terima bebanan lagi.

Maka berhentilah daripada aktiviti yang dibuat dan berehat di kawasan yang mempunyai aliran pengudaraan yang baik.

Selain itu, minum air yang mencukupi dan elakkan minum kopi kerana minuman ini mengandungi bahan diuretik yang tinggi dan membuatkan peminumnya akan selalu rasa nak kencing.

Lagi satu, bila kejang, letakkan ais pada otot bagi mengurangkan intensiti sakit. Bila letak ais, otot yang mengeras tu akan menjadi kendur sedikit  kerana suhu otot dikurangkan.

Selain itu, urutan ringan juga boleh dikenakan di otot yang kejang. Tetapi, kalau kau pergi kedai tapak kaki, itu adalah urutan kekejangan di bahagian lain.

Akhir sekali, jangan lupa lakukan regangan secara perlahan-lahan sehingga simptom berkurangan. Yang ni kalau tak boleh buat seorang diri, minta tolong kawan.

Bagaimana Nak Elakkan Kejang Otot?

Pertama sekali, kita kena bersedia sepenuhnya dari segi fizikal mengikut aktiviti yang ingin dilakukan. Kemudian lakukan regangan yang mencukupi ke atas otot yang cenderung untuk kejang.

Pemakanan pun kena jaga. Pastikan nutrisi dan air diambil dengan mencukupi. Tapi jangan minum air seboto besar mineral tu pula sebelum main bola. Muntah nanti malu.

Selain itu, untuk mencegah kekejangan ini seseorang juga boleh memulakan aktiviti dengan tempoh dan intensiti yang optimum. Sebab itulah kita selalu tengok kalau orang nak main bola, mesti dia slow jog dulu.

Akhir sekali, kurangkan berat badan yang berlebihan. Bagaimana?

Jaga makan. Kalau boleh banyakkan juga pengambilan sayur dan buah-buahan dalam diet.

Boleh tak buat ni? Kau faham tak? Kau sekolah ke tak?

Sumber artikel: myhealth.gov.my

BERKAITAN:   Kenali Pensyarah Wanita Dari Universiti Harvard Yang Membantu Masa Depan Bintang Bola Sepak
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.