Kisah Bagaimana Jair Bolsonaro Bejaya Menjadi Presiden Brazil Melalui Penyebaran Berita Palsu di WhatsApp Ketika Kempen

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Bila mana tiba musim pilihanraya, kita pasti akan terima berita-berita yang kalau kita baca akan mendatangkan kerunsingan di group WhatsApp.

Selalunya berita-berita atau informasi sebegini akan diakhiri dengan ‘copy dari group sebelah’. Apabila ditanya kesahihan berita, penyebar akan menjawab “aku copy paste jerrr” untuk melepaskan diri.

Bodoh, bukan?

Kesan berita palsu yang disebar di WhatsApp tanpa kita sedar mempunyai impak yang besar dan di Brazil, Jair Bolsonaro telah memenangi pilihanraya presiden negara tersebut hasil daripada penyebaran berita sedemikian melalui applikasi mesej nombor satu dunia tersebut.

Ketika kempen pemilihan presiden pada tahun 2018, banyak ucapan daripada Bolsonaro boleh dikategorikan sebagai ofensiv dan penuh diskriminasi terhadap kaum wanita, orang asli Brazil, golongan kulit hitam Brazil dan juga kutukan terhadap golongan yang digelar progresif.

Sesetengah ucapan ini sangatlah ofensiv sehingga Bolsonaro pernah didakwa atas kesalahan menghasut dan menyasarkan golongan minoriti tertentu.

Modus operandi pasukan kempennya agak mudah, sama seperti sesetengah parti politik di negara ini.

Memandangkan Brazil mempunyai seramai 120 juta pengguna WhatsApp, pengikut Bolsonaro mencipta beratus kumpulan WhatsApp dan berkongsi mesej, gambar, video dan juga meme – rata-ratanya mengenai ‘kebaikan’ Bolsonaro dan juga mengeji calon pihak lawan.

Contoh satu berita palsu yang disebarkan pasukan Bolsonaro adalah berkenaan calon presiden dari parti lawan, Fernando Haddad (Parti Pekerja).

Cerita yang disebarkan adalah Haddad dikatakan menyediakan ‘kit gay’ dan akan disebarkan di sekolah-sekolah rendah untuk menggalakkan murid-murid menjadi gay.

Haddad dituduh menyediakan cara-cara menjadi gay. Gambar: Scroll

Dalam satu kes lain, kem Bolsonaro turut menyebarkan gambar palsu di mana pelakon wanita Beatriz Segall dipaparkan mengalami lebam mata. Hantaran WhatsApp tersebut mengatakan Segall dipukul oleh penyokong daripada Parti Pekerja ketika dia sedang berarak menyokong Bolsonaro.

Sebenarnya kecederaan Segall itu berpunca daripada kemalangan kereta.

Segall ‘dipukul’ penyokong parti lawan. Gambar: Scroll

Kira-kira sebulan sebelum pilihanraya, pada September 2018, Bolsonaro telah ditikam ketika berkempen oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Adelio Bispo de Oliveira – yang mengatakan dia dihantar oleh Tuhan.

Pasukan kempen Bolsonaro terus menyebarkan imej Oliveira bersama pemimpin Parti Pekerja, Lula da Silva dengan kapsyen;”Macam mana orang tak fikir yang Parti Pekerja suruh penyokong dia mengganas?”

Selepas diselidiki, penyerang tersebut mempunyai sejarah kesihatan mental, tetapi tiada bukti yang dapat mengaitkan hubungannya dengan Parti Pekerja.

Ironinya ketika kempen, Bolsonaro telah memberi amaran akan memotong peruntukan daripada kerajaan buat agensi yang terlibat dalam menyebar berita palsu mengenai diri dan polisinya.

Kini Bolsonaro mengetuai negara yang mempunyai penduduk kelima paling ramai di dunia, dan juga salah satu kuasa besar ekonomi global.

Bolsonaro dikatakan gagal memenuhi manifesto yang dijanjikan ketika kempen. Bila difikirkan balik, selain daripada faktor berita palsu, Bolsonero bejaya memenangi pilihanraya pun kerana presiden sebelumnya, Luiz Inaio Lula da Silva didakwa rasuah dan menggubah duit haram.

Sama macam negara korang kan? Hiks.

BERKAITAN:   Tiga Penuntut Malaysia Cedera Dalam Rompakan di Afrika Selatan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.