Kisah Comel Pelajar Sekolah Rendah Jual Belalang di Sekolah Untuk Duit Poket Ekstra

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Minggu lepas menandakan bermulanya sesi persekolahan tahun 2020 dan kalau kita berkunjung ke sekolah rendah, pasti kita akan lihat pelbagai ragam terutamanya di kalangan pelajar tahun 1.

Pada waktu rehat pula kita dapat lihat ramai ibu bapa yang menemani anak mereka di kantin. Kadang-kadang tindakan ini dilihat memanjakan anak pun ada, tetapi tahukah kita jika kita biarkan anak berdikari, secara automatik mereka mampu membawa diri.

Seorang ibu, Puan Hasmi Samsuddin dari Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini telah berkongsi mengenai kisah comel anaknya berniaga di sekolah.

Anaknya yang dipanggil Abang Eccer diberi wang saku sebanyak RM2 sebelum ke sekolah. Seperti biasa, harapan ibu agar anaknya membelanjakan wang tersebut untuk mengisi perut pada waktu rehat.

Akan tetapi, selepas anaknya pulang dari sekolah, anaknya meminta ibunya memberikannya tabung, kerana mahu menyimpan duit.

Sang ibu kehairanan lalu bertanya daripada mana si anak mendapat duit. Anaknya selamba menjawab itu adalah duit diberi ibunya pagi tadi lantas menimbulkan rasa kurang senang ibu, takut-takut kalau anak mengambil wang pelajar lain.

Selepas ditanya oleh ibunya, Abang Eccer berkata duit tersebut adalah hasil jualan belalang kepada kawan!

Terus kena ‘smackdown’ oleh mamanya. Comel.

Entri Asal Puan Hasmi

Entri asal daripada Puan Hasmi ini telah dikongsi sebanyak 3800 kali, dan disukai lebih 1800 pembaca.

Rata-rata netizen memuji tindakan anak ini dan mendoakan agar dia berjaya sebagai seorang ahli perniagaan suatu masa nanti.

BERKAITAN:   Duit Kertas Malaysia Tiada Lemak Babi- Timbalan Menteri Kewangan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.