Kisah Sebenar di Sebalik Filem Saving Private Ryan

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Filem Saving Private Ryan merupakan sebuah naskhah filem yang boleh dikatakan tak lekang di panas tak lapuk di hujan, di mana filem ini masih lagi menjadi tontonan ramai meskipun ditayangkan pada tahun 1998.

Malah hari ini kalau ada orang cakap filem Saving Private Ryan ni tak sedap di Facebook, maka dia akan dihentam dan dikutuk kerana tidak mempunyai selera yang tinggi terhadap filem.

Cerita Sebenar Yang Berlaku

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang empat beradik, Fritz, Bob, Preston dan Edward Niland dari Tonawanda, New York, menyertai pasukan askar Amerika Syarikat pada tahun 1944.

Fritz dan Bob diletakkan dalam divisyen 501 dan 505 Infantri Parachute, atau dalam bahasa panjangnya askar darat yang menggunakan payung terjun dari kapal terbang.

Kalau kau pernah main Red Alert 2, Infantri Parachute ni kau akan dapat kalau kau pilih pasukan Amerika.

Dua lagi daripada mereka, Preston dan Edward masing-masing diletakkan di dalam divisyen 22 Infantri dan Tentera Udara.

Pada 16 Mei 1944, Edward telah ditangkap oleh tentera Jepun di mana dia gagal mendarat di sasaran selepas terjun dari kapal terbang di Burma.

Walaupun dia berjaya menyorok daripada tentera Jepun buat seketika, tetapi akhirnya dia ditangkap dan dibawa ke kem P.O.W.

Lebih malang lagi, selepas terjun dari kapal terbang, berita hidup mati Edward tidak lagi diketahui oleh rakan seanggotanya, dan mereka menganggap bahawa dia telah mati.

Dua Lagi Terbunuh

Sebulan kemudian, Bob Niland terbunuh di Normandy  di pantai bersama Rejimen Infantri Parachute 505, Divisyen 82 Udara.

Dia mati sebagai seorang wira bersama dua orang lagi rakannya selepas tidak meninggalkan medan perang untuk melawan askar Jerman, lantas memberi peluang kepada rakan lain melarikan diri.

Tindakan mereka tersebut berjaya memperlahan pergerakan pasukan Jerman dan dia terbunuh ketika sedang memegang machine gun miliknya sambil membedil pihak musuh.

Keesokan harinya pula, Preston Niland terbunuh dalam satu serangan di Pantai Utah. Pada mulanya dia mampu berjalan menyelamatkan diri selepas ditembak, namun dek cedera parah, dia tidak mampu bertahan lama.

Berita tentang kematian Bob, Preston dan Edward tersebar cepat dan lalu disampaikan kepada keluarga prajurit oleh kerajaan.

Puan Niland, ibu kepada empat beradik tersebut menerima semua berita sedih itu pada hari yang sama dan satu-satunya berita pengubat hati adalah surat daripada Fritz yang bercerita tentang perancangan hidupnya selepas perang berakhir.

Selepas mendapat tahu berita sedih tersebut, Jabatan Perang telah bersetuju untuk membawa pulang satu-satunya anak Niland yang tinggal dalam tentera,pulang.

Untuk mencari Fritz, Paderi Francis Sampson dari Rejimen 501 ditugaskan untuk mencarinya dan membawanya pulang.

Selepas hari kejadian kematian Bob dan Preston, Fritz telah berkunjung ke kem Udara 82 dengan harapan agar dapat bertemu Bob, yang kemudiannya baru dia mendapat berita kematian abangnya.

Frederick ‘Fritz’ Niland. Gambar: ATI

Dalam kesedihan, terselit berita gembira buat Fritz apabila Paderi Sampson yang menemuinya memberitahu bahawa dia akan pulang.

Fritz dihantar ke England dan kemudiannya pulang ke New York dan bertugas sebagai polis tentera sehingga perang tamat.

Pada bulan Mei 1945, Fritz mendapat perkhabaran gembira lagi apabila mendapat tahun bahawa Edward dikhuatiri telah terbunuh, ditemui hidup dan dibebaskan dari kem tahanan di Burma.

Fakta Sebenar Yang Tiada Dalam Filem

Pertama; daam filem nama Fritz Niland digantikan dengan Ryan. James Francis Ryan.

Kedua; sebenarnya Edward masih hidup di Burma, manakala dalam filem, Prebet Ryan telah kehilangan kesemua adik-beradiknya.

Matt Damon berlakon sebagai Prebet Ryan. Gambar: ATI

Lagi satu, filem tersebut memaparkan bahawa sekumpulan askar berhadapan cabaran dengan penuh dramatik dalam misi mencari Ryan. Sebenarnya hanya seorang askar sahaja yang ditugaskan untuk mencari Edward – Paderi Sampson.

Tapi, dah nama nya pun filem. Mestilah dihasilkan dengan cukup rempah perasa untuk menarik penonton ke panggung wayang.

Sama macam filem Avengers lah, di mana dalam cerita tu Thanos jadi ketua geng jahat. Dalam dunia sebenar Thanos tu timbalan ketua kampung je.

Artikel diolah dari ATI.

BERKAITAN:   5 Filem Berkenaan Politik Yang Wajib Ditonton
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.