Kisah Terbubarnya Kerajaan Kelantan Pada Tahun 1977

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Pada tahun 1977, berlakunya krisis politik di Kelantan sehingga menyebabkan berlakunya darurat.

Akibatnya, Kerajaan Kelantan telah terbubar akibat krisis kepercayaan terhadap Menteri Besar sehingga mengakibatkan kedua parti politik PAS dan UMNO yang bersatu di bawah BN, terpecah.

Tan Sri Hashim Aman, Ketua Setiausaha Negara ketika itu kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Kerajaan Negeri Kelantan, di bawah Emergency Powers Act 1977.

Situasi hari ni tidaklah sampai ke peringkat darurat, tetapi lebih kepada krisis kepercayaan antara ahli dewan rakyat. Namun, hakikat bahawa Kabinet telah terbubar, dan parlimen telah tergantung akibat pertikaian jumlah majoriti parti mana yang lebih layak membentuk Kerajaan, tidak dapat ditolak.

Baginda YDPA kini juga tidak mempunyai Jemaah Menteri untuk menasihati kerana YAB Perdana Menteri telah meletakkan jawatan.

Tuanku kini dengan hikmah dan kebijaksanaannya perlu mempertimbangkan sebaiknya perkara 40(2) perlembagaan untuk menentukan pembentukan kabinet dan Kerajaan baharu persekutuan.

Maka, buat masa ini, oleh kerana krisis yang berlaku melibatkan kepercayaan antara warga sivil, Ketua Setiausaha Negara merupakan rujukan terpenting baginda Tuanku dalam menentukan keputusan.

Semoga yang baik-baik sahaja berlaku selepas ini. In sha allah.

Tulisan dikongsi daripada hantaran En. hasif Wan M. (Doctoral Researcher, Fakulti Pentadbiran dan Ekonomi, Universiti Malaya)

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.