Korea Selatan Letak Papan Tanda Bahasa Melayu Bagi Memudahkan Pelancong Nusantara

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Memandangkan semakin ramai penduduk dari Nusantara, pihak berkuasa tempatan mengambil inisiatif meletakkan papan tanda berbahasa Melayu bagi memudahkan urusan para pelancong.

Melalui hantaran Facebook Zakaria Azizi dan dipetik dari malaymail.com, Bahasa Melayu sudah mula diperkenalkan di tanah K-Pop itu.

“Memandangkan ramai pelawat dari kepulauan Melayu terutamanya dari Malaysia ke Korea Selatan, kerajaan Korea telah memasukkan BM pada papan tanda bagi memudahkan para pelancong,” kongsinya yang turut memuatnaik gambar papan tanda yang boleh dijumpai di stesen pengangkutan awam dan tempat tumpuan pelancong.

Menurut laporan daripada Organisasi Pelancongan Korea, seramai 350,826 rakat Malaysia telah mengunjungi negara K-Pop tersebut pada tahun lalu.

Papan tanda berbahasa Melayu di Korea. Gambar: Malaymail

Kalau kita perhatikan, kerajaan Korea meletakkan dua bahasa Melayu – bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia, dan ini sememstinya akan memudahkan urusan para pelancong dari kedua-dua negara tersebut.

Bila kita lihat kembali, hubungan bahasa antara Malaysia dan Korea boleh dikatakan terjalin rapat sebelum ini di mana ramai orang Malaysia yang mempelajari bahasa negara tersebut, dan ada juga orang Korea yang belajar bahasa kita.

Kalau kita buka YouTube, kita akan jumpa banyak saluran orang Koea berbahasa Melayu seperti AbangKorea, Blimey, SG Wannabe dan banyak lagi. Malah ada juga artis dari Korea yang mencipta nama di Malaysia – Han Byul.

Manakala orang Malaysia pula meminati drama Korea sehingga mampu ‘bercakap’ Korea walaupun kedengaran seperti Korea Utara.

Every Korean drama ever bila scene gaduh mulut 😂

Every Korean drama ever bila scene gaduh mulut 😂p/s: sorry la tak power cakap Korea macam awak..

Posted by Sterk Production on Saturday, 22 October 2016

BERKAITAN:   Doktor Muda Malaysia Cipta Tudung Pakai Buang Untuk Pembedahan di UK
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.