Kura-Kura Berusia 130 Tahun Akhirnya Bersara Daripada Aktiviti Penjimakan

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Dalam satu program pembiakan di Pusat Kura-Kura Fausto Llerena di Pulau Santa Cruz, Ecuador, seekor kura-kura gergasi ternyata mempunyai keunggulan berbanding kura-kura lain.

Diego, kura-kura jantan spesis terancam, Chelonoidis hoodensis) yang berasal dari Kepulauan Galapagos mempunyai keinginan seksual yang tinggi dan ia layak disanjung kerana menjadi tonggak utama dalam menyelamatkan keluarganya daripada kepupusan.

Menurut laporan New York Times, kura-kura yang berusia lebih 100 tahun ini merupakan pencetus dalam pemeliharaan spesis kura-kura gergasi ini sejak jumlahnya berkurang teruk pada 1970-an.

Kura-kura spesis ini menjadi terancam kerana pulau didiami mereka senang dimasuki lanun dan nelayan yang memburu mereka untuk dijadikan sumber makanan. Antara nama besar yang direkodkan pernah memakan spesis ini adalah Charles Darwin – di mana dia mengkaji teori pemilihan semulajadi (natural selection) ketika lawatannya ke Galapagos.

“Kami hidup dengan memakan daging kura-kura, dengan bahagian dada yang dipaggang, sangat sedap dan anak kura-kura pula sedap dibuat sup,” catat Darwin dalam jurnalnya pada tahun 1839.

Program Pemulihan

Berdekad sejak 1970-an, lebih 1000 kura-kura ini boleh didapati di pulau Espanola di Galapagos, dan selera untuk berjimak oleh Diego menjadikan program pemeliharaan dan pemuliharaan tersebut berjaya.

Ketika program ini bermula di Taman Negara Galapagos pada tahun 1965, terdapat hanya 14 kura-kura gergasi dewasa yang tinggal untuk membiak dengan 12 daripadanya adalah betina.

Kemudian pada tahun 1976, taman negara tersebut didatangi oleh seekor lagenda dalam pemibikinan- Diego – yang kembali dari zoo San Diego, tempat dia disimpan sebelum itu, untuk menyertai program pembiakan.

Dengan 15 haiwan tersebut dalam jagaan, matlamat awal program adalah untuk menaikkan jumlah kura-kura gergasi tersebut di Pulau Pinzon.

Lima tahun kemudian, program ini dikembangkan dengan objektif untuk membantu menaikkan jumlah haiwan ini di Pulau Espanola juga.

Menurut Pengarah Taman Negara Galapagos, Jorge Carrion, jumlah haiwan ini telah meningkat kepada 2000 ekor melalui program yang akan dihentikan selepas berjaya mencapai sasaran. Pengumuman ini dilakukan pada awal Januari lalu sekaligus menandakan persaraan Diego dari arena penjimakan.

Menerusi ujian kebapaan, kira-kira 40 peratus daripada jumlah kura-kura yang dihasilkan adalah berbapakan Diego, sepanjang tempoh 30 tahun ini.

“Tanpa ragu, Diego mempunyai karisma yang membuatkannya cukup istimewa,” ujar Carrion tentang populariti kura-kura playboy ini.

Diego mampu mencecah panjang sehingga 5 kaki (150 cm) dan mempunyai berat sekitar 80 kg. Dari segi usia pula, Diego telah hidup sekurang-kurangnya 130 tahun.

Kerana prestasi yang mengagumkan, Diego memang selalu mendongak ke langit. Gambar: NYT

Apa yang membuatkan Diego mendapat perhatian ramai adalah keingginan seksualnya yang tinggi. Ketika mengawan, Diego akan menjadi agak agresif, aktif dan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Selepas persaraan ini, Diego akan ‘dipulangkan’ ke Pulau Espanola bagi menikmati sisa-sisa hidup sambil bercerita kepada cucu cicit tentang kehebatannya.

Artikel: ATI

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.