Lelaki Jadikan ‘Perodua Viva’ Sebagai Tempat Driving Range Golf

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Dua pemain golf amatur telah membawa minat mereka ke tahap paling tinggi apabila menukar kereta ‘Perodua Viva’ mereka kepada sebuah driving range golf.

Okay sebenarnya bukan Viva, tapi Daihatsu Mira. Puas hati?

Idea ini datang daripada John Imrie, 27 tahun dan rakannya, Kurt, 31 tahun selepas trip menjelajah eropah dengan kereta tersebut.

John berkata, “Idea ini datang masa kitorang pergi jelajah eropah hari tu. Kitorang juga telah jadikan kereta itu sebagai kereta lumba, dengan penampilan yang agak taiko dan bawa ke 12 negara dalam tempoh 11 hari.”

“Kitorang bawa set golf club sekali dan kitorang selalu cari tempat untuk pukul bola. Lepas tu datang la idea genius – atau bodoh – idea untuk jadikan kereta ini sebagai drivigin range,” tambah John lagi.

“Memandangkan Kurt biasa buat kerja-kerja ni, jadi dia lah yang jadi kepala untuk buat bahagian kereta tu.

“Contohnya macam sokongan kepada bumbung, dan aku pula buat kerja-kerja mekanikal.

“Selebihnya adalah hasil kerja berkumpulan. Sebelum ini pun kitorang dah ada buat sikit kereta ni,dan kitorang pun cepat juga belajar.”

Selepas meletakkan tee di bumbung kereta, mereka bercadang untuk berjalan-jalan ke utara Britain, Scotland – tempat asal sukan golf katanya.

Menurut John, ke mana-mana mereka pergi dengan kereta ini, mereka akan menarik perhatian orang ramai.

Power kan Viva ni?

“Kitorang okay je dengan kereta ini setakat ni dan semua orang yang nampak kereta ini akan cakap kereta ini kelakar.

“Tapi memang kereta ni nampak beerbeza kan kat atas jalan.

“Apapun kitorang dah pukul bola banyak kali di kawasan kampung tapi kitorang nak pergi lebih lagi di mana kitorang akan hubungi beberapa pemilik kelab golf, lapang sasar dan mana-mana syarikat dan tengok macam mana kitorang boleh guna kereta ni untuk galakkan lebih ramai orang main golf.”

Berita: LAD Bible

 

BERKAITAN:   Extreme Ironing: Sukan Ekstrim Menggosok Baju Yang Ramai Tak Tahu
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.